𝟏.

6.9K 273 12
                                    

BIBIR lelaki itu terus melukis segaris senyuman bahagia. Mata hazel miliknya tidak berhenti merenung figura seorang wanita yang sedang berpusing di hadapannya dengan menggayakan sebuah gaun pengantin yang sangat cantik.

"Saya macam dah gemuklah, Hayden." Rungut wanita itu sambil bercekak pinggang, memandang pantulan dirinya di dalam cermin. Lelaki dipanggil Hayden yang hanya menjadi pemerhati di belakangnya cuma tertawa halus mendengar cebikan si kekasih hati. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk dan datang mendekat. Pinggang ramping wanita itu dirangkul dari belakang.

"Awak cantik je, sayang. Lucia Aralyn sayalah yang paling cantik dalam dunia." Bisik Hayden romantik. Bahagian tengkuk kekasihnya dikucup lembut membuatkan wanita bernama Lucia itu tergelak suka. Lucia menggenggam erat tangan yang sedang berlingkar di pinggangnya sambil merenung pantulan mereka berdua di dalam cermin. Mata mereka bertemu di situ.

"Can't wait to spend the rest of my life as Mrs. Hayden." Tutur Lucia dalam senyuman manisnya. Hayden turut tersenyum. Dagunya direhatkan pada bahu Lucia dengan mata yang tidak teralih daripada terus menatap wajah cantik milik Lucia.

"Lucia?" Sayup-sayup panggilan seseorang kedengaran, menamatkan suasana romantik antara Hayden dan Lucia. Lucia segera menepis tangan Hayden dari pinggangnya dan berlari untuk mendapatkan wanita yang sedang mencarinya di sebalik langsir bilik persalinan itu. Langsir diselak dan figura seorang wanita muncul di situ.

"Love!" Jerit Lucia teruja. Tubuh wanita di hadapannya terus didakap erat. Arabella yang kaget pada mulanya, tertawa riang. Pelukan Lucia dibalas dan serentak itu matanya terarah kepada Hayden yang sedang berpeluk tubuh memandang ke arah mereka berdua. Wajah ceria lelaki itu tadi berubah tegang saat pandangannya dan Arabella bertembung.

Arabella segera meleraikan dakapan Lucia. Dia berdehem kekok, sedar bahawa Hayden tidak pernah suka akan kewujudannya.

"Cantik tak?" Soal Lucia sambil berpusing setempat di hadapan Arabella, menunjukkan gaun pengantin yang masih tersarung di tubuhnya. Arabella tersenyum dan mengangguk laju.

"Cantik sangat!" Balas Arabella ikhlas. Lucia tersenyum gembira selepas mendapat pujian daripada adik kembarnya itu. Pipi putih kemerah-merahan milik Arabella dicuit sekilas.

"Kakak nak ganti baju kejap. Love borak dulu dengan Hayden, okay?" Lucia berlalu pergi meninggalkan Hayden dan Arabella bersendirian. Arabella mengerling Hayden yang mula bermain dengan telefon bimbitnya. Gadis itu segera berpaling dan duduk di lobi butik, jauh daripada Hayden.

Hayden memerhati tingkah Arabella itu dengan hujung matanya. Telefon bimbit ditutup dan dia melangkah ke arah Arabella. Tempat duduk di hadapan wanita itu diambil. Arabella yang sedang leka menyelak majalah, mengangkat wajah, memandang Hayden hairan.

"Nanti Lucia fikir lain pula." Ujar Hayden mendatar. Arabella mengangguk setuju dan terus fokus dengan majalah pengantin di tangannya. Sampai di satu muka surat, dia berhenti menyelak. Mata biru cair itu terpaku ke arah sebuah gaun pengantin di dalam helaian itu. Automatis bibir mungilnya menarik segaris senyuman.

Hayden yang sedar akan Arabella yang berminat dengan gaun di dalam majalah itu cuma merenung gadis di hadapannya. "Adam won't buy you that shit." Tutur Hayden sarkastik membuatkan Arabella mendongak. Mereka berpandangan buat seketika. Arabella mengukir senyuman manis buat Hayden sehingga menampak sepasang lesung pipit dalam di kedua-dua belah pipi wanita itu.

"Saya tahu." Balas Arabella perlahan.

Hayden terpaku sekejap selepas melihat senyuman yang diukir oleh Arabella. Cantik. Desis hatinya tanpa sedar. Penampilan Arabella terus ditatap penuh minat. Jika iris mata Lucia berwarna hazel, iris mata milik Arabella pula berwarna biru cair seperti langit biru yang diterangi cahaya matahari. Jika rambut Lucia berwarna hitam keperangan, warna rambut Arabella ialah ash khaki. Hanya itu yang membezakan antara sepasang kembar, Lucia dan Arabella.

ARABELLAWhere stories live. Discover now