𝟖.

2.4K 237 34
                                    

DOKTOR Noah mengukir senyuman kepada Hayden yang sedang duduk di hadapannya tetapi lelaki itu cuma menayangkan riak bekunya seperti biasa, membuatkan senyuman pada bibir Doktor Noah bertukar hambar. Dia mengalihkan pandangan ke arah tangga, melihat jika Arabella sudah turun dari biliknya.

"Berapa aku kena bayar kau?" Tanya Hayden selepas lama mendiamkan diri. Doktor Noah terkejut apabila tiba-tiba Hayden mahu berbicara bersama dengan dia. Tidak pernah lagi dia berbual bersama-sama lelaki itu.

"Aaa...tak payah. Saya buat semua ni sebab nak tolong Arabella." Balas Doktor Noah sambil tersenyum ikhlas. Hayden sudah mencebik. Menyampah pula dia melihat Doktor Noah yang terlalu baik itu, tetapi itulah yang pelik, dia tidak tahu jika baik Doktor Noah itu adalah ikhlas atau dibuat-buat tetapi dia sudah mula boleh percayakan lelaki itu.

"Kau tu bekerja bukannya buat amal kebajikan. Aku dah masukkan duit dalam akaun bank kau. Nanti tengoklah. Kalau tak cukup, cakap." Bidas Hayden tanpa perasaan. Telefon bimbit terus dikeluarkan, tidak mahu lagi dia melayan Doktor Noah yang sudah terkebil-kebil di hadapannya.

Doktor Noah pula tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana. Hayden itu baginya pelik tetapi jika dia dapat mengenali lelaki itu dengan lebih dalam, dia tahu Hayden itu orangnya paranoid.

Lihatlah sekarang, dia perlu membuat sesi bersama-sama Arabella di rumah lelaki itu sendiri mulai hari ini, dengan alasan Hayden tidak mahu menyusahkan pemandunya untuk pergi ke sana, sini. Mungkin Hayden cuma risaukan Arabella atau mungkin Hayden memang mengambil berat tentang keadaan Arabella yang sedang hamil sekarang. Dia tidak tahu yang mana satu tetapi dia bersyukur jika Hayden mahu menjaga Arabella dengan baik. Wanita cantik itu memang layak dilayan seperti permaisuri selepas berbelas tahun hidup seperti banduan.

"Noah! Maaf lambat. Saya tak jumpa buku saya tadi." Arabella tiba bersama-sama dua buku di tangannya. Doktor Noah menoleh dan berdiri mendapatkan Arabella. Hayden pula sudah menyimpan semula telefon bimbitnya. Dia ikut sama berdiri.

"Saya dah cakap jangan turun, jerit je kalau dah siap. Tunggu dekat atas sana, tak payah turun, nanti awak kena naik atas balik." Tegur Hayden sehingga berkerut-kerut wajahnya. Rasanya sudah lima kali dia memberi pesanan yang sama kepada Arabella tetapi wanita itu masih juga mahu naik turun tangga.

Arabella tersengih. "Sorry, Hayden." Ucapnya serba salah. Bukannya dia sengaja, dia memang betul-betul terlupa. Otaknya sekarang tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara atau memori dengan baik disebabkan 'sakit' yang dia alami, melainkan dia menulis kembali memori itu dan membacanya semula, berulang kali.

Doktor Noah yang faham akan situasi Arabella, hanya mampu tersenyum hambar. Dia juga tidak boleh salahkan Hayden kerana lelaki itu tidak tahu akan keadaan Arabella. Kalaulah dia boleh membuat Arabella menjadi lebih terbuka dan mula bercakap tentang penyakitnya itu.

"Arabella, nanti awak tulis biar tak terlupa lagi, ya?" Doktor Noah bersuara lembut, mengingatkan Arabella benda yang sama dia ingatkan setiap kali sesi mereka. Arabella mengangguk perlahan.

"Benda simple je, kenapa nak kena tulis? Saya cakap benda yang sama lima kali, Bella. Lima kali." Hayden sudah mula naik bengang membuatkan Arabella terus tertunduk ke lantai. Doktor Noah merenung Hayden tajam. Riak mesra yang selalu dipamerkan juga, berubah tegang.

"Hayden, semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kalau awak tak boleh terima kekurangan tu, diam. Bukan tempat awak untuk persoalkan struggle dia untuk overcome kekurangan dia tu." Suara Doktor Noah berubah dingin. Hayden menjeling Doktor Noah tajam. Nasib baik sahajalah sabarnya masih tebal, dan egonya tidak setinggi gunung kalau tidak, sudah lama dihalau Doktor Noah itu. Tapi dia sedar, ada betulnya juga kata-kata Doktor Noah tadi. Siapa dia mahu persoalkan usaha seseorang. Nafas ditarik dalam dan dihembus panjang.

ARABELLADär berättelser lever. Upptäck nu