𝟐𝟎.

3.7K 349 44
                                    

"DIA ada cakap apa-apa tak? Dia...dia ada tanya pasal saya? Dia okay?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Hayden buat Ace. Habis bahu lelaki itu digoncang kuat. Ace sudah memegang sisi dahinya kerana pening diperlakukan sebegitu oleh Hayden. Tangan Hayden ditepis perlahan dari bahunya.

"Tuan, bawa bertenang. Doktor tengah periksa keadaan Puan Love. Lepas tu, baru kita boleh masuk, tengok sendiri Puan Love macam mana. Okay?" Lembut Ace membalas supaya Hayden kembali tenang. Selepas diberitahu oleh Ace bahawa Arabella sudah sedar, lelaki itu sudah seperti ibu kucing kehilangan anak. Mundar-mandir dia berjalan di hadapan wad Arabella kerana terlalu risau.

Klak!

Pintu bilik wad Arabella terbuka dan seorang doktor bersama dengan seorang jururawat keluar dari situ. Hayden laju mendekati mereka berdua.

"Isteri saya okay je kan, doktor?" Tanya Hayden dengan badan yang masih tidak boleh duduk diam. Kepalanya terjenguk-jenguk, mahu melihat keadaan Arabella di dalam sana.

Ace cuma diam memerhati Hayden yang gelisah di sisinya itu. Keningnya ternaik setiap kali Hayden memanggil Arabella sebagai isterinya.

"Puan Love baik-baik sahaja. Tapi dia masih perlukan rehat yang cukup dan perlu terus berada di hospital untuk beberapa hari lagi. Saya akan periksa lagi keadaan Puan Love dari semasa ke semasa. Encik Hayden, bolehlah tengok Puan Love di dalam. Kalau ada apa-apa yang berbeza dengan perwatakan Puan Love, encik segera beritahu saya, ya?"

Hayden mengangguk laju.

"Saya minta diri dulu." Doktor tadi berlalu pergi bersama-sama jururawat.

"Ace! Awak tunggu sini! Jangan masuk!" Pesan Hayden dan tanpa menunggu lagi, dia terus menyerbu masuk ke dalam wad Arabella. Kakinya terpaku seketika apabila melihat wanita itu yang sedang termenung memandang ke luar jendela biliknya.

"Bella." Panggil Hayden perlahan.

Arabella menoleh dan saat pandangannya dan Hayden bertemu, satu senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu. Tangannya yang masih terdapat branula, diangkat perlahan.

"Hai."

Bibir Hayden ikut sama terukir segaris senyuman bahagia. Dia melangkah menghampiri Arabella dan mengambil tempat di sisi wanita itu. "Hai." Balasnya dengan tangan dilambai kecil. Tangannya dijatuhkan semula dan cadar katil Arabella dipintal perlahan.

"Erm...awak okay? Rasa sakit, tak?" Soal Hayden sambil menunding ke arah perut dan kaki Arabella.

Arabella menyentuh bahagian abdomennya yang terasa ngilu. "Sakit kalau saya bergerak. Doktor suruh saya guna kerusi roda je kalau nak pergi mana-mana."

Hayden mengangguk. Mata hazel itu terus menatap wajah Arabella. Mata biru itu yang paling menarik perhatiannya. Melihat mata itu kembali memandang ke arahnya, serta merta terubat rasa rindu dia kepada wanita itu.

Arabella yang perasan akan renungan Hayden pada wajahnya, terus menundukkan kepala. Rambutnya yang terlepas dibiarkan menutup sebahagian muka. Dia bermain dengan jari, tidak mahu membalas pandangan Hayden dan tidak mahu Hayden melihat wajahnya tanpa sebarang solekan itu. Lebih-lebih lagi, sekarang ini kulit wajahnya penuh dengan kesan lebam dan luka.

"Ibu Lily ada buat flamiche untuk awak. Awak nak?" Hayden mencapai sebuah bekas yang terletak di atas meja dan menunjukkan kepada Arabella. Arabella memandang lama pemberian Hayden itu sebelum perlahan-lahan menggelengkan kepalanya dan kembali menjatuhkan wajah.

ARABELLAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz