𝟏𝟔.

2.9K 278 52
                                    

BEBERAPA buah majalah fesyen di atas mejanya dipandang lama. Sudah menjadi kebiasaan dia akan menyuruh setiausahanya membeli setiap koleksi majalah yang mengambil Lucia sebagai model muka hadapan mereka. Dia akan menatap foto wanita itu dalam pakaian daripada pereka fesyen terkenal dengan rasa bangga, walau apa pun pos yang wanita itu buat atau dengan siapapun model lelaki yang digandingkan bersama-sama Lucia, dia tetap bangga akan wanita itu.

Tetapi kali ini berbeza.

Arabella yang menjadi model muka hadapan majalah-majalah itu tidak sedikit pun mendatangkan rasa bangga dalam dirinya. Tiada satu pun rasa positif yang hadir sewaktu dia melihat Arabella menggayakan baju ketat yang mengikut tubuh badannya yang mengiurkan itu. Tidak bergaya seksi seperti Lucia, wanita itu cuma tersenyum menampakkan lesung pipit dan giginya yang tersusun sahaja tetapi dadanya sudah berombak menahan rasa cemburu.

Salah satu majalah yang memaparkan foto model lelaki terkenal, Aryan Mosses yang sedang memeluk pinggang Arabella diambil, kemudian direnyukkan muka hadapan majalah itu dengan sebelah tangannya sehingga terkoyak.

Tok! Tok!

"Masuk."

Pintu terbuka dan Julia, setiausahanya masuk dengan senyuman lebar. "Tuan, tuan ada tetamu."

Hayden mengangkat keningnya. "Siapa?"

Senyuman Julia sudah tersimpul-simpul dengan gaya gediknya sambil matanya menjeling ke luar, mencuri pandang si tetamu Hayden. Mulutnya dimuncungkan dengan jari telunjuknya menunding ke arah seorang lelaki kacak yang sedang duduk di luar sana. "Model terkenal, Aryan Mosses. Dia kawan tuan ke? Boleh saya minta nom—"

"Saya tak nak jumpa sesiapa." Pintas Hayden mendatar. Fokusnya dialihkan pada skrin komputer, malas mahu melayan Julia atau sesiapa sahaja. Julia mencebik dan memalingkan tubuhnya, berlalu semula ke pintu.

"Selamat tengah hari, Hayden Ahyoka Rapha—Oops!"

Langkah Julia tergendala apabila Aryan dengan tiba-tiba sahaja muncul, menghalang jalannya di muka pintu itu. Mata Julia membesar ketika dia hampir sahaja tersebam pada dada bidang Aryan tadi. Aryan tersengih dan beralih sedikit daripada kedudukannya, memberi laluan buat Julia.

"Sorry." Ucap lelaki bermata hijau itu.

Julia tersenyum malu dan segera berlari keluar, sambil menutup mukanya yang sudah merah dengan buku di tangan.

Aryan tergelak halus memerhati keletah Julia itu. Dengan selambanya, dia masuk ke dalam bilik Hayden dan menutup pintu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi kulit mahal di hadapan Hayden, tanpa mengendahkan renungan tajam lelaki itu yang seperti mahu membunuhnya.

"Lama tak jumpa. Kau sibuk sangat ke sekarang?" Tanya Aryan mesra. Dia tersenyum manis kepada Hayden yang berwajah tegang itu.

"Bukan urusan kau." Balas Hayden dingin. Aryan terdiam. Wajahnya berkerut memandang Hayden yang endah tidak endah melayaninya. Mereka bukannya musuh tetapi sahabat sepermainan sejak kecil. Dia ada buat salah ke sebelum ni?

Aryan mengangkat bahu, tidak kisah akan layanan Hayden. Dia sudah biasa menghadap perangai ribut taufan Hayden yang ini. Lagipun, dia datang ke sini bukannya mahu bertanya khabar dan beramah mesra dengan lelaki itu tetapi ada topik penting yang dia mahu bicarakan.

"Lucia, okay?" Tanya Aryan memulakan topik perbualannya.

Hayden mengangkat wajah, mengerling Aryan sekilas. "Hm." Jawab lelaki itu dengan anggukan kecil membuatkan Aryan tersenyum sinis.

ARABELLAWhere stories live. Discover now