𝟑𝟐.

3.8K 300 56
                                    

SAMPAI di Lapangan Terbang Heathrow, mereka bertiga berdiri di tempat menunggu, menanti kereta sewa yang dibayar oleh Hayden tiba untuk membawa mereka ke Grasmere.

Ace mengerling Hayden dan Arabella bergilir. Masing-masing duduk di sebelah kiri dan kanannya dengan dia di tengah-tengah sebagai dinding penghalang. Sejak turun tadi, tiada bicara yang keluar daripada mulut mereka. Ace tahu angin Hayden tidak baik sejak semalam lagi kerana kehadiran Lucia tetapi rasanya dia baru sahaja menjadi saksi Hayden dan Arabella saling berpimpinan tangan ketika di Milan tadi.

Ada apa-apa yang terjadi, yang dia tidak tahu ke?

"Suhu dah turun ke 5 darjah Celsius. Malam ni atau esok mungkin salji akan turun. Snow in Grasmere hits different." Ace mula bersuara, memecahkan kejanggalan antara mereka bertiga. Arabella menoleh memandang Ace sebegitu juga Hayden, menyebabkan mata mereka berlaga buat beberapa saat sebelum masing-masing mengalihkan pandangan ke arah yang bertentangan.

Ace hanya mampu menggulingkan mata. Disebabkan ini dia tidak pernah menjadi watak utama di antara Arabella dan Hayden, tidak kisahlah betapa tragisnya jalan ceritanya, dia tetap tidak boleh mengatasi kisah dua orang manusia yang sedang memendam perasaan itu.

Rasa nak lagakan sahaja kepala dua makhluk itu.

"Rumah saya penuh dengan saudara mara saya yang lain. Jadi, saya dah booked hotel untuk Tuan Hayden dan Puan Love. Hotel tu tak jauh pun dari rumah saya. Jalan kaki dah sampai."

Arabella mengangguk tanpa memandang lagi ke arah Ace. Hayden cuma membisu, merenung kosong apa sahaja yang melintas di hadapannya.

"Oh, dah sampai." Ace bangun apabila sebuah kereta diparkir di hadapan mereka bertiga. Lelaki itu berhenti seketika saat perasan akan sesuatu, dia menoleh ke arah Hayden untuk memberikan satu jelingan tajam.

"Ini bukan kereta sewa." Tutur Ace dengan mata yang mengecil. Arabella menjijitkan sedikit kakinya. Kereta mewah di hadapan mereka dipandang. Hayden membalas renungan tajam Ace dengan riak tidak berperasaan.

"Saya tak suka pakai kereta orang." Balas Hayden mendatar lalu mencipta langkah, mengambil kunci kereta daripada lelaki yang memandu kereta barunya tadi ke lapangan terbang dan masuk dahulu ke dalam perut kereta.

Arabella memandang Ace dengan ekspresi yang masih keliru. "Hayden beli kereta ni?"

Ace mengangguk laju. "Itu hobi dia. Membazir." Cebik lelaki itu kemudian mengambil tempat duduk di sebelah pemandu manakala Arabella duduk di tempat duduk penumpang di belakang.

"Saya drop awak dulu. Majlis tu bila?"

"Esok pagi."

"We'll be there."

Ace mengangguk.

"Kalau jalan tak sesak, lagi 5 jam kita sampai." Beritahu Ace sambil tersengih. Hayden menoleh laju. Matanya membulat, kaget.

"5 jam?" Soalnya semula, tidak percaya.

Ace mengangguk lagi. "Kita boleh tukar-tukar nanti. Eheh!" Lelaki itu masih menayangkan sengihan tidak bersalah. Hayden hanya mampu mengangguk perlahan, mengiyakan cadangan Ace dan memulakan perjalanannya.

Baru beberapa minit berlalu, Ace sudah dibuai lena. Jadi, suasana di dalam kereta itu menjadi terlampau sunyi berbanding pada awal tadi. Radio tidak dipasang kerana itu bukan kesukaannya. Lebih baik sepi berbanding mendengar kecoh bunyi radio.

ARABELLAWhere stories live. Discover now