𝟐𝟔.

3.3K 336 56
                                    

TUBUH yang tersarung baju berlengan panjang berwarna putih dan sehelai skirt separas atas lutut direnung dari cermin. Cekak rambut berwarna biru muda seperti skirtnya dicapai dan diletakkan di atas kepala. Arabella tersenyum puas melihat penampilannya. Beg galas mini dicapai dan dia berlalu keluar.

Kaki panjang itu melangkah terus menuju ke pintu utama. Langkahnya menjadi perlahan saat matanya menangkap figura Ace yang sedang menunggu seseorang di sisi kereta milik Hayden. Kening Arabella terangkat. Dia menjeling ke dalam rumah, mencari kelibat Hayden.

Rasanya lelaki itu sudah keluar dari awal pagi lagi.

"Ace? Awak tunggu siapa?" Tanya Arabella sambil menyarungkan kasut.

"Tunggu puan. Tuan Hayden cakap hari ini puan nak keluar, kan? Dia suruh saya temankan." Jawab Ace sambil tersenyum manis.

Arabella mendongak. Wajahnya berkerut. Hayden menyuruh Ace menemaninya? Jika diingkatkan kejadian malam semalam, Hayden seperti marah akan dia.

"Takpelah, saya boleh pergi sendiri. Saya lebih suka jalan kaki. Awak duduk rumah, temankan Sashimi je, okay?" Balas Arabella kemudian memulakan langkahnya menuju ke pintu pagar.

Ace terkebil-kebil. Sashimi di dalam sangkar dan Arabella yang semakin menjauh, dipandang bergilir. Kakinya laju diangkat, mengejar wanita itu.

"Okay, kita jalan kaki."

Arabella menoleh. Dia tersenyum.

"Tempat kerja saya jauh tau. Jangan mengeluh penat."

Ace mencebik. "Saya lebih rela penat jalan kaki dengan Puan Love berbanding kena marah dengan Tuan Hayden."

Mendengar rungutan Ace, Arabella tertawa halus. Mereka terus berjalan beriringan menuju ke kafe milik Kai. Sesekali Ace akan mengajak Arabella untuk berhenti, pergi memetik bunga yang tumbuh liar di tepi jalan. Ternyata lelaki itu lebih teruja untuk berjalan kaki berbanding Arabella.

"Bunga tu pun cantik. Apa nama dia? Ros Jepun?" Ace berlari anak mendekati bunga kecil yang berada di dalam pasu di tepi jalan. Arabella hanya mengikut langkah Ace. Mereka berdua duduk bercangkung di hadapan pasu bunga itu, merenung kagum bunga ros Jepun yang hanya mekar pada waktu pagi.

"Menarik." Tutur Ace dengan bibir yang tercebik-cebik menilai kecantikan bunga ros Jepun itu. Arabella di sebelahnya mengangguk setuju.

"Nak bawa balik tak?" Arabella memberi cadangan. Ace menoleh.

"Boleh juga. Pasu dia pun can—"

"Hei! Apa awak buat dengan bunga saya tu?!"

Serentak pandangan Arabella dan Ace teralih kepada seorang wanita yang sedang mendekati mereka dengan sebatang penyapu. Mata mereka terbutang luas.

"Ni rumah orang lah, Ace!"

"Puan Love, lari!" Ace menarik tangan Arabella. Mereka memecut, melarikan diri dari situ. Tidak sedar bahawa mereka telah menceroboh masuk kawasan rumah seseorang. Automatis termati niat mereka untuk mengambil, atau lebih tepat lagi, mencuri bunga ros Jepun itu tadi.

"Hah! Kejap! Saya penat! Aduh!" Arabella terduduk di atas jalan raya diikuti oleh Ace. Lelaki itu mendongak ke atas, cuba untuk mencari nafas selepas penat berlari tadi. Nafasnya tercungap-cungap. Arabella pula sudah terbatuk-batuk kecil.

ARABELLAWhere stories live. Discover now