𝟐𝟕.

3.8K 330 44
                                    

MATA biru itu memandang lama Hayden yang sedang duduk di meja makan. Kakinya cuma terpaku pada anak tangga terakhir, berfikir jika dia sepatutnya patah balik dan bersarapan di dalam bilik sahaja hari ini. Tubuhnya dibalikkan. Baru sahaja dia mahu mendaki tangga semula, suara dingin Hayden sekali lagi menghentikan langkahnya.

"Bella."

Lambat-lambat Arabella menoleh. Dia tersenyum kekok. "Ya?"

"Sarapan dengan saya." Ajak Hayden tanpa memandang ke arah wanita itu. Arabella mengangguk dan mengambil tempat di hadapan Hayden.

Kepalanya dijengukkan untuk mencari kelibat Ibu Lily di dapur. Jika Ibu Lily ada, tidaklah dia berasa janggal duduk berdua bersama dengan Hayden. Pandang muka lelaki itu sahaja dia boleh tahu, bahawa angin Hayden pada pagi ini tidak baik.

"Nutella or strawberry?" Tanya Hayden, serentak memecah lamunan Arabella pada wajah kacak itu.

"Aaa...strawberry."

Hayden mengangguk dan mula menyapu jem strawberi di atas roti bakar sebelum memberinya kepada Arabella. Arabella cuma membisu, memerhati perbuatan Hayden.

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Roti bakar yang sudah disediakan oleh Hayden tadi diambil dan digigit sedikit demi sedikit. Suasana di ruang makan itu hanya dimeriahkan dengan bunyi keriukan setiap kali Arabella menggigit rotinya.

"Awak nak pergi melukis?"

Arabella mendongak dan mengangguk sekali kemudian menyambung kunyahannya.

"Boleh saya teman?"

"Tak apa, Ace—"

"Ace tak ada hari ini. Saya bagi dia cuti." Pintas Hayden dengan suara yang mendatar. Mata hazel itu mengerling sekilas Arabella yang sudah berhenti makan di hadapannya.

"Kalau macam tu, saya duduk rumah je lah hari ini. Saya naik atas dulu. Teri—"

"Duduk, Bella."

Arabella kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Bibirnya dikemam rapat apabila terpandang akan wajah beku Hayden. Kakinya di bawah meja, dilagakan sesama sendiri. Gelisah, memikirkan apa lagi salahnya terhadap lelaki itu.

Pap!

"Saya tak nak."

"Ha?"

Hayden berdengus perlahan. Sampul surat berisi wang milik Arabella yang diletakkan di atas meja tadi, ditolak ke arah wanita itu.

"Ambil balik duit awak. Saya tak nak."

Arabella terbungkam. Sampul surat yang dia berikan kepada Hayden malam tadi, dipandang lama. Senyumannya terukir pahit.

"Sebab tak cukup? Tapi, saya dah janji saya akan bayar lagi. Saya...bayar sikit-sikit dulu. Tak boleh?" Soal Arabella dengan kepala yang menunduk, menatap pinggan yang sudah kosong di hadapannya.

Hayden hanya membisu. Matanya merenung Arabella tajam sebelum keluhan berat dilepaskan. Belakang badannya disandar pada kerusi tanpa mengalihkan pandangannya daripada Arabella.

"Saya..."

Bicara Hayden terhenti. Rahangnya diketap dan matanya dipejam buat seketika. Arabella di hadapan cuma memandangnya dengan mata yang terkelip-kelip.

ARABELLAWhere stories live. Discover now