𝟓.

2.3K 232 7
                                    

MULUT Arabella ternganga luas saat pintu rumah agam milik Hayden itu dibuka. Dia tiba-tiba rasa teruja. Rumah itu sangat cantik dan terlalu besar. Dari luar sahaja sudah seperti istana apatah lagi semasa dia jejak masuk ke dalam. Patutlah ibunya beriya sangat mahu dia kahwin dengan Hayden. Rupanya kekayaan lelaki itu bukan biasa-biasa.

"Bilik saya dekat mana? Saya nak bilik yang tu boleh?" Sambil terlompat-lompat kecil, Arabella menunding ke arah sebuah pintu di hujung sudut rumah itu. Hayden memandang ke arah bilik yang ditunjuk oleh Arabella.

"Itu stor. Bilik awak dekat atas."

"Oh! Saya dah ada bilik? Wah! Mana? Mana?" Arabella berlari anak menuju ke tangga. Hayden terkebil-kebil melihat perangai wanita yang baru dinikahi itu. Rasanya baru tadi, agak teruk juga dia menengking Arabella di majlis kahwin mereka tetapi wanita itu buat seperti tiada apa-apa yang berlaku selepas itu.

"Oh!" Langkah Arabella terhenti saat dia bertembung dengan seorang wanita separuh abad yang tiba-tiba muncul dari ruang makan.

"Selamat tengah hari, puan. Saya Love Arabella. Puan boleh panggil saya Love. Saya nak kena panggil aunty apa? Mommy? Bonda?" Badannya ditundukkan 90 darjah sebagai tanda hormat tanpa sempat Hayden menghalang. Wanita di hadapan Arabella sudah terpinga-pinga. Hayden pula sudah menepuk dahi, pening dengan sikap Arabella.

"Bella, that's our maid." Tegur Hayden.

"Hm?" Arabella mendongak memandang wanita yang dia anggap ibu Hayden itu rupanya pembantu rumah.

"Sorry, Ibu Lily." Hayden menghampiri Arabella dan Ibu Lily. Ibu Lily cuma tersenyum akan tingkah Arabella. Pertama kali dia terasa dihormati oleh seseorang selain Hayden. Tidak pernah lagi tetamu yang dibawa oleh Hayden menyapanya sebegitu sekali. Sampai tertunduk-tunduk seperti orang Jepun.

"Oh, hehe. Sorry, Ibu Lily. Saya mula balik, ya? Ehem!" Arabella membalikkan tubuhnya, patah balik ke pintu utama di mana tempatnya bermula tadi. Hayden dan Ibu Lily cuma diam menonton lakonan semula Arabella. Segala yang wanita itu lakukan semasa mula-mula tadi, semuanya dibuat semula. Hayden sudah menutup muka, menahan malu ketika Arabella menariknya sekali sebagai prop.

Seperti tadi, Arabella berlari menuju ke tangga dan berhenti di hadapan Ibu Lily. "Oh! Selamat petang. Saya Love Arabella. Ini Ibu Lily, kan? Ibu Lily boleh panggil saya Love." Ucap Arabella. Dia masih menundukkan badan. Tiada beza perlakuannya yang tadi dengan sekarang, hanya jauh lebih hormat sahaja. Ibu Lily sudah tergelak suka. Terhibur dia dengan perwatakan Arabella yang selamba itu. Arabella turut tertawa sama.

"Tak ada beza pun, Love kamu yang ini dengan kamu yang mula-mula tadi." Ujar Ibu Lily bersama dengan sisa tawanya, sudah lama dia tidak ketawa seperti ini. "Dah jangan main-main lagi, jom Ibu Lily bawa kamu ke bilik." Ibu Lily jalan mendahului Arabella mendaki tangga. Arabella mengangguk dan mengikut Ibu Lily dari belakang.

Hayden yang cuma menjadi pemerhati, hanya tersenyum melihat Ibu Lily dan Arabella. Tidak sangka pula yang Arabella mempunyai sisi gila-gila seperti tadi. Terhibur juga dia tapi hanya ditahan, tidak mahu Arabella berfikir lain pula.

Dia menggeleng perlahan dan naik ke tingkat atas di mana Ibu Lily dan Arabella berada.

"Bilik Ibu Lily dekat mana?" Tanya Arabella sambil membelek katilnya sementara Ibu Lily menyelak langsir dan membuka tingkap balkoni.

"Ibu Lily tak tidur sini. Rumah Ibu Lily dekat belakang sana, sama dengan pekerja yang lain. Kalau Love ada kecemasan waktu malam, telefon je nombor yang ada dekat sini." Pesan Ibu Lily. Nombor telefon dan telefon bilik khas yang berada di atas meja di sisi katil ditunjuk. Arabella mengangguk dan mula melihat senarai nombor telefon yang tersenarai di sebelah telefon biliknya.

ARABELLAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin