𝟕.

2.3K 245 20
                                    

SELEPAS seminggu di rumah Amelia, Arabella akhirnya melangkah keluar dari rumah itu dengan penuh rasa gembira. Dia berlari anak bersama bagasinya menuju ke arah Hayden yang sedang menunggunya di luar pagar.

"Hayden! Hai! Hai! Hai, Ace!" Sapa Arabella teruja. Tangannya melambai-lambai kepada Hayden dan Ace. Ace tersenyum kepada Arabella dan mendekati wanita itu untuk membantunya meletakkan bagasi ke dalam kereta. Hayden yang berdiri di sisi kereta, hanya berpeluk tubuh merenung Arabella. Matanya tajam naik turun, mengimbas isterinya itu.

"Kaki tu kenapa lebam? Dahi tu pun sama. Ni? Dekat pipi ni? Kenapa lebam-lebam semua ni?" Jari panjang Hayden menunding ke arah setiap lebam yang terdapat pada tubuh Arabella. Arabella menyentuh dahi dan pipinya. Tak cukup ke concealer yang dia pakai tadi?

"Erm...aaa—"

"Love ni cuai orangnya, Hayden. Kalau boleh semua dinding, semua bucu dalam rumah ni nak dilanggar. Penat dah mulut mama ni nak nasihatkan dia." Sampuk Amelia yang tiba-tiba muncul di belakang Arabella. Tangannya memaut bahu Arabella dan mencengkamnya kuat sebagai tanda amaran.

Wajah Arabella berkerut menahan sakit kerana cengkaman Amelia di bahunya tetapi kepalanya tetap mengangguk, mengiyakan kata-kata ibunya.

Hayden diam. Matanya masih merenung wajah Arabella yang terlihat pucat itu. Pipi wanita itu juga tampak cengkung sedikit, tidak seperti semasa kali terakhir dia melihat wajah itu.

"Nanti dekat rumah, jangan lupa letak minyak dekat lebam-lebam tu." Pesan Amelia sambil tersenyum palsu. Tangannya membelai rambut Arabella. Arabella mengangguk lagi. "Love datanglah selalu temankan mama dekat rumah ni. Hayden pun, rajin-rajinlah bermalam dekat sini sekali-sekala, ya?"

Pandangan Hayden teralih kepada Amelia. "Kalau Hayden tak sibuk, Hayden datang." Ujar Hayden kemudian menarik hujung lengan baju Arabella, mengajak wanita itu masuk ke dalam kereta.

"Kitorang minta diri dulu, ma."

"Okay, hati-hati."

Hayden melambai ke arah Amelia sejurus sahaja kereta bergerak manakala Arabella cuma diam, dia menyibukkan diri dengan memasang tali pinggang keledar.

"Peliklah awak ni." Tutur Hayden tiba-tiba. Arabella menoleh. Keningnya diangkat. "Dekat rumah saya tak ada pula nampak awak terjatuh, ke terlanggar bucu dinding, ke apa." Sambung Hayden sambil menompang dagu, memandang Arabella di sebelahnya.

Arabella sudah menggigit bibir. Kepalanya ligat mencipta alasan. "Sebab rumah awak besar." Balas Arabella selamba membuatkan Hayden mencebik. Dia kembali memandang ke hadapan.

Arabella membuang pandangan ke luar tingkap dan baru dia perasan, jalan yang diambil sekarang tidak sama dengan jalan pulang ke rumah. "Hayden, kita nak pergi mana?" Tanya Arabella. Matanya melilau memandang sekeliling.

"Hospital." Jawab Hayden ringkas. Arabella mengangguk.

"Oh, Lucia dah stabil, kan? Kita dah boleh masuk wad. Boleh kita singgah beli bunga sekejap?"

Hayden mengerling Arabella sekilas dan mengangguk. "Ace, berhenti dekat kedai ni." Arah Hayden sambil menunding ke arah sebuah kedai bunga yang terletak di pinggir jalan. Berhenti sahaja kereta, Arabella orang pertama yang berjalan keluar dahulu dan masuk ke dalam kedai bunga itu tanpa menunggu Hayden.

Dia berjalan di sekeliling kedai, mencari bunga kesukaan Lucia sehingga sepasang mata biru langit itu terhenti pada jambangan segar bunga matahari. Senyumannya terukir. Hujung jari dibawa menyentuh perlahan kelopak kecil bunga matahari itu.

"Lucia suka bunga matahari?" Tanya Hayden aneh. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Rasanya Lucia paling sukakan bunga ros. Arabella mendongak dan tersenyum kepada Hayden di sisinya.

ARABELLAWhere stories live. Discover now