𝟑𝟑.

2.3K 270 34
                                    

PAGI itu suasana di halaman rumah keluarga Ace diselubungi suram sempena memperingati setahun pemergian adiknya. Tiada ucapan daripada ahli keluarga yang diadakan kerana kata Ace itu bukan tradisi keluarganya, jadi mereka cuma berdiri, menunduk ke bawah dan cuma berdoa di dalam hati sebelum membuat majlis makan-makan kecil buat keluarga miskin dan gelandangan di kawasan itu.

Arabella tidak menyertai majlis itu, sebaliknya dia cuma berdiri di hadapan potret seorang gadis remaja yang sangat rupawan. Senyumannya manis dan dua lesung pipit di kedua dua belah pipinya, menambahkan seri pada wajah cantik itu. Matanya jatuh pada nama yang terukir di bahagian bawah bingkai potret.

Mikayla.

Selepas beberapa saat, pandangannya dialihkan kepada satu per satu wajah ahli keluarga Ace. Semuanya nampak suram, pucat dan sedih. Pemergian gadis cantik ini betul-betul telah menggali parut paling dalam walaupun sudah setahun ketiadaannya.

Sangat ramai yang sayangkan gadis ini dan tidak dapat menerima kehilangannya.

Jika dia pergi nanti, adakah yang akan menangisi pemergiannya?

Hanya Ace mungkin.

Arabella mencebik. Dia mula berfikir jika dia patut mula mengumpul duit untuk menampung hari kematiannya nanti. Gambar potret juga dia tiada, dia harus mengosongkan jadual segera untuk menguruskan hal penting ini. Kepala diangguk-anggukkan, menyetujui ideanya sendiri.

"Bella, awak dah makan?"

Arabella menoleh. Bibirnya mencipta senyum tatkala Hayden muncul.

"Kejap lagi." Balasnya perlahan. Hayden mengangguk dan berdiri di sisi Arabella sambil memandang sekilas ke arah potret Mikayla yang direnung oleh Arabella sedari tadi, sebelum pandangannya dijatuhkan ke arah segelas wain di tangan.

"Wain?"

"Hm?" Arabella terkebil-kebil melihat minuman berwarna merah yang dihulurkan oleh Hayden. "Erm, tak. Saya tak minum." Tolaknya lembut.

Sekali lagi, Hayden mengangguk. Perlahan-lahan gelas wain di tangannya diletakkan di atas meja yang berada di situ. Fokusnya dialihkan kepada Arabella yang masih memerhati sekeliling tanpa ada minat mahu menyertai kumpulan manusia di situ.

"Hei, nak pergi baca buku?"

Mata Arabella membesar. Pantas kepalanya ditoleh kepada Hayden. Automatis bibir mungil itu menarik segaris senyuman lebar.

"Nak!" Suara itu mula teruja dengan mata yang bercahaya memandang Hayden yang sedang tertawa kerana reaksinya.

"Jom."

Hayden berjalan mendahului Arabella menuju ke kereta. Sempat dia mencuit Ace sebagai tanda mereka meminta diri dahulu.

"Saya dah lama sangat tak baca buku cerita. Dekat sana ada buku cerita sequel Cinderella tak?" Ujar Arabella sementara Hayden memakaikan tali pinggang keledar untuknya. Lelaki itu cuma tersenyum melihat wajah gembira Arabella.

"Mestilah ada, Bella. Semua buku yang awak nak, ada dekat situ."

Arabella bertepuk tangan suka.

"Tak sabar!"

Hayden tertawa halus. Tangannya diangkat membelai kepala Arabella.

"Comel."

Arabella terkedu seketika kerana perbuatan Hayden itu sebelum satu senyuman malu terukir pada bibirnya. Pipinya memerah merenung sisi wajah tajam milik Hayden yang sudah memulakan pemanduannya. Tangannya dibawa menyentuh sekilas tempat yang dibelai oleh lelaki itu dan pandangan dialihkan ke luar tingkap.

ARABELLAWhere stories live. Discover now