body swapping - start

244 15 0
                                    

What actually happened to us?

__________

Apa akan jadi apabila idol dan fans bertukar badan kerana satu aplikasi yang dipanah petir? Lagi teruk, mereka hidup di negara yang berbeza!

"APASAL TANGAN AKU BEROTOT SIAA?"

"Mak! Suara kakak macam jantan, mak!"

• • •

Aplikasi Bubble yang digunakan sebelum ini adalah untuk berhubung dengan idolanya telah menjadi asbab mereka tertukar badan.

"Bodoh! Badan aku dah bertukar dengan Felix. Aku nak badan aku balik!"

"Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh masuk ke dalam badan kakak kau ni."

• • •

Felix yang berada dalam badan Anis di Malaysia terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan suhu Malaysia yang panas serta terpaksa mempelajari bahasa Malaysia dan makan sambal belacan!

"Apa ni?"

"Coklat made in Malaysia. Rasanya sedap sehingga boleh menjilat jari kaki tau!"

• • •

"Kenapa kau beli Bubble Felix kalau kau minat Chan?"

"Heh, kenapa kau makan megi kalau kau nak makan ramen?"

"Tak, sekarang ni apa kena-mengena benda ni dengan ramen bebal?"

• • •

Anis dan Felix tidak dapat bertemu di Korea kerana perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia menyukarkan lagi keadaan.

"Kau tak nak balik ke kak?"

"Aku nak balik Malaysia tapi aku belum puas menatap wajah Chan!"

• • •

Berada lama di Malaysia, Khaira mula jatuh hati dengan Felix semasa membantunya di Malaysia.

"Weh, aku dah suka dia weh. Macam mana ni?"

"Padan muka. Dulu haters kpop, sekarang ni dah terminat pulak?"

• • •

Di Korea pula, Anis yang sudah lama meminati Chan semakin jatuh hati kepadannya kerana sering berada dekat dengan Chan. Hal ini telah menimbulkan salah faham kepada peminat kerana menyangka mereka berdua 'gay'.

"Weh, semalam korang berdua buat apa ?"

"Pegang tangan je. Kenapa ?"

"Peminat dah salah anggap hubungan korang berdua ni !"

• • •

"Aku cintakan dia. Aku nak kekal dalam badan Felix supaya aku dapat sentiasa berada dengan Chan. Tapi aku sedar. Lelaki dan lelaki haram bersama."

"Aku rasa macam aku dah jatuh cinta dengan Felix yang ada dalam badan kau tu. Tapi, idol dengan fans biasa boleh bersama ke? Nak-nak pula, kita ni Islam. Ada harapan ke?"




ALL RIGHT RESERVED
©THEREAL_EVE
(2021/05/23)

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now