body swapping - 50

28 7 0
                                    

"Selepas kita semua kemalangan , kau dan Kak Anis dapat bertukar badan semula ?"

"Ya." jawab Felix lantas kejadian kemalangan itu terlintas di fikirannya.

- FLASHBACK -

PINN !!

BAM !

Chan memegang kepalanya. Darah ?

'Mana Anis?'

Dia menoleh ke sebelahnya. Anis sudah terbaring di sisinya dengan berlumuran darah.

'An... Anis ...'

Chan mengesot menghampiri Anis. Kepala Anis dipangku di ribanya.

"Tolong !! Tolong !!" Chan menjerit meminta tolong. Felix dan Khaira pula masih terbaring. Darah ada di mana-mana sahaja.

_

"Anis dah sedar !"

Chan menghampiri badan Felix sambil tersenyum.

"Anis ?"

"Hyung...?"

Chan dan yang lain diam. Hyung ? Adakah ini Felix ?

"Ini Felix ?" soal Chan.

"Ya... Saya Felix. Lee Felix..." jawab Felix dengan lemah.

Chan membulatkan mata. Dia bergegas keluar dari wad.

"Chan hyung ! Nak pergi mana tu ?" panggil Changbin.

"Aku nak cari Anis !"

_

Anis membuka mata perlahan-lahan. Sakit badannya membuatkan dia berdesis kesakitan.

"Eh ?"

Anis terus membelek badannya. Tiada otot mahupun perut yang mempunyai six pack.

Dia sudah kembali ke badan asalnya semula ?

Bam !

Anis terus memandang ke arah pintu. Kelihatan Chan sedang tercungap-cungap bernafas.

"Anis ?"

"Ya , saya Anis."

Chan senyum. Dia menghampiri Anis.

"Akhirnya , awak dan Felix berjaya bertukar badan semula."

Anis mengalirkan air mata. Dia menyambut tangan Chan.

"Maksudnya kita boleh bersama semula kan ?" tanya Anis.

"Ye sayang. Kita dah boleh bersama !"

Terus badan Anis dipeluk erat oleh Chan.

"Chan ! Urgh , saya tak dapat bernafas !"

"Hee , sorry."

Mereka terdiam sebentar. Anis seolah tersedar sesuatu.

"Mana Khaira ?"

Chan terkedu. Perlukah dia beritahu keadaan Khaira kepada Anis ?

_

"Hentakan itu membuatkan jantungnya semakin lemah. Peluang dia untuk sedar semula amat tipis. Nak tak nak , kita perlu buat pembedahan jantung dalam kadar segera."

Anis mengesat air mata. Tubuh lemah Khaira yang masih belum sedar itu dipandang dengan tangisan.

"Saya akan beritahu doktor keputusannya nanti."

"Baik. Saya akan tunggu."

Usai doktor itu berlalu , Anis tidak dapat menahan tangisan. Terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis.

"Anis."

Anis mendongak. Kelihatan Chan dan Stray Kids sedang memandangnya dengan pandangan simpati.

"Hei , jangan begini."

Anis memeluk pinggang Chan. Sungguh , hatinya tidak kuat melihat keadaan Khaira.

Felix pula , mengusap tangannya yang patah. Dia mengeluh.

"Anis. Apa yang kau akan buat lepas ni ?" soal Felix.

"Aku dah buat keputusan. Khaira akan jalani pembedahan jantung menggunakan duit perbelanjaan universiti aku. Aku akan bawa dia pulang semula ke Malaysia. Kita jadi macam asal semula. Stranger dan kau boleh teruskan kehidupan asal kau sebagai seorang idol." tekad Anis.

"Habis tu , kau nak lupakan cita-cita kau sambung belajar di Seoul ke ?" soal Felix lagi.

"Aku dah tak kisah lagi. Yang penting Khaira selamat."

"Aku tak sanggup berpisah dengan Khaira." luah Felix.

"Kau dan dia tak boleh bersatu , Felix. Termasuk aku dan Chan. Tolong lupakan dia."

"No !!" bentak Chan.

Dia menghampiri Anis.

"Anis , saya cintakan awak ! Tergamak awak suruh saya lupakan awak begitu sahaja ?"

"Saya terpaksa , Chan ! Status kita berbeza. Agama kita juga berbeza. Kita takkan dapat bersama." tolak Anis.

"Anis , awak nak mengalah begitu sahaja ?"

"Saya perlu buat semua ini. Saya akan lupakan awak. Dan awak perlu lupakan saya. Kau juga Felix , lupakan Khaira."

Tangan Chan yang memegang bahunya , ditepis perlahan. Dia segera menjauhi mereka , melangkah ke bilik doktor.

"Doktor , saya setuju pembedahan dilakukan ke atas adik saya."

_

"Kita dah sampai Malaysia."

Khaira menoleh ke arah Anis yang sedang tersenyum manis.

"Anis. Lepas ni aku tak tahu bila aku akan sedar tapi aku nak kau tunaikan satu permintaan aku ni. Boleh ?" pinta Khaira.

"Apa dia ?"

"Jangan biar tawaran sambung belajar ditarik. Susah-susah kau belajar untuk masuk universiti tu."

Anis mengetap bibir.

"Tolong , Anis ! Sebelum aku buat pembedahan. Tolong balik semula ke Seoul dan sambung belajar. Jangan korbankan cita-cita kau hanya kerana aku." rayu Khaira.

"Baik , Khaira. Aku akan pulang semula ke Seoul."

Itulah perbualan terakhir mereka sebelum Khaira dibedah dan koma selama tiga tahun.

- END FLASHBACK -

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now