body swapping - 48

31 8 0
                                    

Khaira mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Penat dia mengemas pakaian lamanya.

"Rehat kejaplah."

Dia baring ke atas katil. Badannya juga masih belum kuat sepenuhnya. Dia perlu banyak berehat.

"Khaira , terima kasih kerana hadir dalam hidup aku walaupun untuk tempoh yang singkat."

Khaira membuka mata. Dia seolah-olah dapat mendengar ayat Felix pada hari terakhir mereka bersama.

Perlahan-lahan air matanya mengalir. Dia rindukan Lee Felix.

"Takkan semua yang berlaku tu , hanya mimpi ? Bertukar badan tu pun hanya mimpi je ke ?" gumam Khaira.

Dia turun ke ruang tamu. Mak pergi kenduri orang. Dia malas mahu ikut , lagipun dia masih tak sihat sepenuhnya.

Televisyen dibuka. Channel korea dipilih. Dia tidak tahu kenapa dia pilih channel itu.

"Hurm , bosan !"

Dia pergi ke dapur. Niat mahu cari makanan namun terhenti apabila dia mendengar nama seseorang yang sangat dikenali disebut di tv.

"Boleh Felix bagitahu maksud di sebalik lagu ini ?"

Khaira terus duduk di hadapan tv. Dia tak salah tengokkan ? Itu Felix kan ?

"Lagu ini menceritakan tentang hubungan dua orang manusia yang sangat mencintai antara satu sama lain. Tapi , mereka tidak boleh bersama kerana perbezaan agama dan status." terang Felix.

"Katanya , Felix sendiri yang menulis lirik lagu ini. Betul ke ?"

"Ya betul. Saya tulis lirik-lirik ini berdasarkan pengalaman sebenar saya."

"Wah , siapa agaknya wanita yang bertuah itu ?" usik pengacara.

Felix tersengih. Dia menggaru belakang leher lalu matanya memandang kamera.

'Khairanghae.'

Khaira tersentak. Dia benar-benar dapat menangkap perkataan yang disebut perlahan oleh Felix itu.

'Khairanghae tu nama panggilan yang Felix pernah berikan pada aku semasa dia duduk di Malaysia !'

Khaira semakin tidak faham. Dia mencapai telefon. Twitter dibuka.

"Stray Kids ada di Malaysia ?!"

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now