body swapping - 36

25 8 0
                                    

"Maksudnya , selepas kejadian panah petir tu , kamu berdua bertukar badan ?"

Anis dan Felix angguk , mengiyakan segalanya.

"Macam dalam filem pulak. Tak sangka boleh jadi betul-betul. Habis tu, macam mana korang nak tukar badan semula ?"

"Itu , kitorang masih tak tahu lagi."

"Jadi , selama ni kau tipu kami ? Kau kata kau Felix , tapi sebenarnya kau perempuan ?"

Anis menunduk. Tidak berani mahu berpandangan dengan mereka semua. Sedar kesalahannya kerana telah menipu.

"Saya terpaksa. Kalau saya bagitahu semua , nanti pihak media dapat tahu dan sanggup datang ke Malaysia untuk jejak Felix. Saya tak mahu menyusahkan semua orang. Maafkan saya..."

"Tak apalah , benda dah jadi. Kita pun tak pernah sangka benda macam ni akan jadi."

Mereka terdiam sebentar. Mencari idea mahu berkata.

"Malam ni Felix dan Khaira tidur mana?" tanya Chan.

"Saya akan tidur dekat asrama universiti. Cuma Khaira mungkin akan tidur kat hotel." jelas Felix.

"Takkan Khaira nak duduk kat hotel seorang diri? Khaira ni dahlah kecil lagi! Tak boleh ke kalau Felix temankan Khaira dulu baru pergi universiti tu?" soal Anis risau.

"Aku dah besarlah , kak! Tahulah aku jaga diri. Kau tak perlulah nak risau. Kau tu , kena fikir cara untuk tukar badan semula." balas Khaira.

"No no! Felix teman Khaira!"

"Woi! Takkan aku nak duduk satu bilik dengan dia? Bukan mahram woi!!" marah Khaira.

"Habis tu macam mana?"

"Dah dah jangan gaduh! Kau kata kau nak berbaik-baik dengan Anis. Jangan mungkir janji eh Khaira." Felix mengingatkan semula janji Khaira.

"Ye ye aku ingat! Tapi kau tengok kakak aku ni. Risau semacam!"

Khaira dan Anis sama-sama berpeluk tubuh. Felix yang terselit di tengah , menepuk dahi. Bergaduh lagi !

"Okay macam nilah. Apa kata malam ni Felix dan Khaira tidur saja di dorm ? Anis dan Khaira tidur bilik Han. Nanti Han dan Ayen tidur bilik kosong tu." cadang Chan.

"Boleh je. Eh , aku dah lama tak tidur Felix. Jom ah Felix ! Tidur dengan aku." ajak Han.

"No no no! Felix sekarang ni menumpang badan aku so dia tak boleh sesuka hati nak rapat-rapat dengan korang. Felix tidur sorang!" kata Anis.

"Alah , Anis ! Aku dah lama kut tak jumpa dorang. Kasi canlah !"

"No way! Rasa seperti dicabul tahu tak ? Buatnya dorang ambil kesempatan ke apa , habis badan aku jadi mangsa tau !"

"Fine ! Kau dengan Khaira pun jangan ambil kesempatan jugak !"

"Hello , kami ni wanita melayu terakhir yang dibesarkan dengan adat ketimuran yang tinggi tau !"

Felix menjuling mata ke atas. Ye ye je perempuan melayu terakhir. Tadi tu menjerit depan pintu rumah orang elok sangatlah ?

"Enough okay ? Aku rasa benda ni setel sini je. Tak perlu bising lagi okay ?"

Mereka angguk. Masing-masing beredar ke tempat yang sepatutnya mereka berada.

"Felix , jangan tanggalkan tudung tu. Tolong jagakan aurat aku , please ?" pinta Anis.

"Okay." balas Felix. Dia terpaksa , sedangkan dalam hati sudah panas gila-gila pakai tudung yang berbelit-belit di kepala dan lehernya.

"Kau mesti tak selesa. Jomlah , aku pakaikan tudung sarung. Tak adalah panas sangat."

Anis menarik tangan Felix memasuki biliknya. Khaira yang terpinga-pinga , membuntuti langkah Anis.

"Chan hyung , kau pelik tak ?"

"Pelik jugak. Perkara ni , macam mustahil. Tapi , benda dah jadi. Takkan Felix nak berbohong pada kita pulak." balas Chan.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Kepala masing-masing cuba mencerna apa yang terjadi. Rumit , ya rumit.

Sudahnya , mereka diam tidak berkata apa-apa.

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now