body swapping - 38

27 8 0
                                    

"Line clear !"

Changbin memberi isyarat kepada Felix yang bersembunyi di belakang tembok.

Felix angguk. Kepala hoodie dinaikkan , topi diturunkan bagi menutup wajahnya. Cepat-cepat Felix menyusup masuk ke studio.

Changbin mengunci pintu. Mereka berdua bersandar ke dinding. Mujur tiada yang perasan. Kebetulan pula , cctv di lorong studio itu rosak.

"Felix , kita buat part kau dulu." arah Chan.

"Nanti dah habis , boleh balik awal tak ? Aku risau pasal Khaira." ujar Felix.

"Amboi , kakaknya pun tak risau. Kau ada apa-apa dengan dia ke ?" soal Anis. Curiga dengan kata-kata Felix.

"Risau sebagai seorang kawan." balas Felix sambil memasuki ruang rakaman.

Rakaman berjalan dengan lancar. Anis pula , tidak habis memuji mereka di dalam hati.

'Macam dalam mimpi pulak dapat tengok idol feberet kau rekod lagu dorang secara live macam ni ! Ini akan jadi pengalaman yang tak dapat aku lupakan.' desis Anis di dalam hati.

Anis menopang dagu. Khusyuk dia melihat mereka melakukan rakaman. Selalunya tengok di youtube , tapi hari ini dia dapat masuk dan dengar sendiri secara langsung.

"Fokus betul kau." tegur Hyunjin.

"Memanglah. Pengalaman macam ni susah nak dapat tau. Sekali seumur hidup." balas Anis.

"Kau minat siapa dalam Stray Kids ?" soal Minho.

"Aku minat Chan. Since sebelum debut lagi. Cara dia pimpin korang , cara dia selesaikan masalah , nampak comel and gentleman sangat !" Anis tersenyum memandang belakang tubuh Chan yang sedang serius dengan proses rakaman.

"Kau ada pasang niat nak kahwin dengan dia ?"

"Tipulah kalau aku cakap aku tak berniat macam tu. Tapi aku sedar , orang biasa macam aku ni takkan boleh bersatu dengan idola kegemaran satu dunia macam korang. We are in different world." balas Anis. Dia mengeluh seketika.

"Kau tak nak cuba ?"

"Cuba apa ? Pikat dia ? Dengan badan Felix ni ? Heh , silap haribulan orang cop Felix gay pulak."

"Tapi , hanya dengan guna badan Felix je kau boleh rapat dengan Chan hyung. Kau rasa kalau kau masih ada dalam badan kau , kau dapat jumpa Chan depan-depan ke ?" kata Han.

"Memanglah tak. Tapi , aku tak sukalah guna badan Felix untuk dapat apa yang aku nak. Tak manis tahu."

Han menggeleng. Sempat lagi dia menampar bahu Anis. Anis membulatkan mata. Tamparannya sungguh berbisa ya !

"Okay , part Felix done ! Next , Minho !"

Felix keluar dari ruang rakaman. Dia duduk di sebelah Anis dan meneguk air mineral bagi membasahkan tekak.

"Aku nak balik dorm. Anis , nak ikut tak ? Bahagian aku dah setel." ajak Felix.

Anis mengetap bibir. Dia memandang badan Chan yang membelakangi dia.

"Erm , kau pergilah. Aku nak duduk sini je."

"Nak usha Chan hyunglah tu." usik Felix dalam nada berbisik. Cukup mereka berdua yang mendengar.

Anis menyiku perut Felix tanda geram. Mukanya sudah naik merah kerana malu.

"Kau tu , dah sampai dorm jangan buat apa-apa dekat adik aku. Aku tumbuk kau nanti !" ugut Anis.

"Okay bakal kakak ipar !"

Felix terus keluar dari studio. Anis pula , memaki Felix di dalam hati. Sempat pula dia hendak bergurau begitu.

[ √ ] Switched | FELIXTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon