body swapping - 05

39 9 0
                                    

Anis mengerutkan dahi. Macam mana tiba-tiba laman instagramnya dibuka ke aplikasi Bubble? Rasanya dia dah tutup Bubble tadi.

"Mesej from Felix? Eh, tapi tadi aku tak tekan pun Bubble. Aku dah keluar kot."

Anis cuba menutup Bubble dan membuka Instagram semula tapi skrinnya masih di Bubble. Dia menjadi semakin pelik.

"Hang ke apa phone aku ni?" Anis mengetuk perlahan telefonnya di atas almari. Wayar pengecas masih terpasang di telefonnya.

"BAM!"

"Uish kilat ni! Astagfurullah! Terkejut aku."

Anis mengurut dadanya. Terkejut dengan bunyi kilat tadi. Kotak mesej daripada Felix dibuka.

'Saya teringin berjumpa Anis secara face to face. Mesti seronok!'

"BAM!"

Bunyi kilat itu semakin kuat namun Anis masih dengan telefonnya yang masih dicas.

"BAM!"

° ° °

khaira's pov

"Yaya, cuba panggil kakak kamu. Blackout pulak rumah ni. Si Anis tu dahlah takut gelap." ujar ibu.

"Yelah bu. Yaya pergi panggil kakak kejap."

Khaira mendaki tangga menuju ke bilik Anis menggunakan lampu suluh. Pintu bilik Anis diketuk perlahan. Kalau kuat kang, mahu pintu tu melayang ke arahnya.

"Kakak! Keluarlah! Ibu panggil suruh turun bawah!"

Khaira pelik. Selalunya, belum sempat dia panggil, Anis dah meluru turun ke bawah kerana takut dengan keadaan gelap macam ni.

"Kakak..?"

Khaira membuka pintu perlahan. Tubuh Anis yang terbaring di lantai mengejutkan dia.

"Laaa, dah buang tabiat ke tidur kat lantai ni? Ada katil mahal-mahal yang tidur atas lantai ni kenapa? Kak! Bangun, kak! Dah kenapa kau tidur atas lantai ni?"

Telefon Anis yang tergantung pada wayar pengecas diambil Khaira.

"Kau ni kak, telefon tengah cas kau pergi main jugak. Eh..? Sekarang tengah blackout, macam mana telefon ni boleh dicas?"

Bar bateri berwarna hijau menandakan telefon itu sedang dicas. Khaira menarik wayarnya. Mana tahu Anis cas telefon guna powerbank.

"Eh..?"

Sekali lagi Khaira hairan. Wayar bersambung dengan suis bilik. Tapi macam mana pulak? Sekarang tengah blackout dan macam mana telefon kakaknya tengah bercas?

Skrin masih bernyala. Tertera kotak mesej Felix di Bubble terpampang di situ.

"Felix?"

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now