body swapping - end

66 10 0
                                    

"Buat apa kat luar ni sorang-sorang ?"

Tersentak Anis. Dia senyum lalu berganjak ke tepi , memberi ruang kepada Chan untuk duduk.

"Termenung ingat apa ?"

"Saya cuma teringat segala perkara yang terjadi pada saya sebelum ni." jawab Anis.

"Pasal pertukaran badan ?"

"Ya. Macam mimpi pula. Saya di Malaysia , Felix di Korea tapi kemudiannya boleh bertukar badan pula. Lepas tu , saya jumpa awak. Dan tak sangka , sekarang ni awak di depan saya dan bergelar tunang saya. Sumpah , saya masih rasa ini semua mimpi." kata Anis.

Chan tergelak. Kepala Anis yang berbalut tudung diusap perlahan.

"Saya pun tak percaya jodoh saya ialah awak. Walaupun kita bertemu dengan cara begini , tapi saya tak pernah menyesal kenal awak."

"Chan-ssi."

"Ya , babygirl ?"

"Terima kasih."

"Sebab ?"

"Sebab sukakan saya dan masih sukakan saya sehingga hari ini." ucap Anis.

"Saranghae , Anis Khairina."

"Nado saranghae , Chan."

_

"Oi ! Terfikir laki lainlah tu !"

Khaira menjeling Felix. Suka hati dia je tuduh kita fikir orang lain sedangkan kita sibuk fikirkan dia 24 jam.

"Felix , kau menyesal tak masuk Islam ?" soal Khaira.

"Soalan apa kau tanya ni ? Mestilah aku tak menyesal masuk Islam. Malah , aku rasa bersyukur dapat masuk Islam tau." jawab Felix.

"Walaupun banyak halangan ?"

"Memang aku akui , mulanya sukar. Tapi , dah lama-lama , aku jadi biasa. Dah tak kisah. Biarlah orang lain benci aku dan Chan. Tapi , kami buat semua ni sebab kami ikhlas. Bukan sebab lain."

Khaira menatap wajah tampan milik Felix. Hari demi hari , dia tidak pernah tidak berdebar apabila pandangan mereka bersatu.

"Dan aku nak kau tahu sesuatu , Khaira. Aku tak pernah menyesal kenal kau dan tunggu kau." ujar Felix.

"Felix." panggil Khaira perlahan.

"Ya ?"

"Terima kasih kerana masih setia dengan aku. Sanggup tunggu aku walaupun tak pasti bila aku akan sedar dari koma. Aku sangat menghargai pengorbanan kau."

"Khaira."

"Ye saya ?"

"Nak jadi isteri aku tak ? Insya Allah , aku akan berusaha untuk membimbing kau membina istana di syurga nanti."

Khaira mengesat air matanya. Perlahan-lahan kepala diangguk.

" Ya , aku sudi jadi isteri kau."

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku , Khaira. Aku cintakan kau hingga hujung nafas aku."


THE END

- 2021/08/29 (sunday) 00:18 -
- ©THE REAL EVE -

Edited : 2021/10/12 (Tuesday)

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now