body swapping - 09

32 9 0
                                    

"Yaya! Kak Anis okay tak tu? Sampai ke bawah mak dengar kau menjerit. Okay ke tidak tu?!"

Felix menjegilkan matanya ke arah Khaira. Tangannya masih menutup mulut Khaira supaya gadis itu tidak menjerit macam tadi.

Felix memberi isyarat agar Khaira tidak memberitahu mak tentang perkara itu.

"Aaahh, takde apa-apa mak! Yaya nampak lipas je tadi. Ni kakak dekat dalam tandas nanti dia keluar. Yaya nak buang lipas ni mak! Nanti Yaya dengan kakak keluar!"

"Haa yelah! Ni mak dah masak nanti suruh kakak makan. Jangan sambung tidur. Anak dara apa matahari dah tegak atas kepala kelubung atas katil lagi."

Setelah mak berlalu, Felix melepaskan Khaira dan Khaira cepat-cepat menjauhkan diri daripada Felix.

"Kau bukan kakak akukan? Kau siapa? Kenapa suara kau besar macam katak tersepit kolong? Macam mana kau boleh masuk dalam badan kakak aku? Sila jawab sekarang jangan jawab tahun depan." soal Khaira bertubi-tubi.

"Ok, first yes aku memang bukan kakak kau. Second, aku Felix ahli Stray Kids. Third, dah suara aku memang besar sejak dalam rahim mak aku lagi. Kau nak aku buat apa lagikan? Yang last, aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh masuk dalam badan kakak kau ni." jelas Felix.

Khaira memandang Felix dengan muka tak percaya. Terkejut lagi. Macam tak masuk akal je cerita rekaan Felix ni.

"Kau fikir aku akan percaya cerita rekaan kau ni?"

Felix menepuk dahi. Aduh, yeoja nikan!

"Apa yang aku dapat kalau aku tipu kau? Kau fikir aku ni kakak kau yang suka temberang kau tu?"

'Eh, mana pulak dia tahu Kak Anis suka temberang aku?' bisik Khaira.

"Wait, kalau kau, Felix ada dekat dalam badan kakak aku, habis tu mana kakak aku sekarang?!"

Khaira mula cemas apabila memikirkan perkara itu. Felix mula terfikirkan sesuatu.

"Mungkin dia dalam badan aku."

"Maksud kau, dia ada dekat Korea sekarang ni?!"

"Mungkin..?"

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now