body swapping - 15

21 9 0
                                    

"Khaira! Ooh Khaira!"

Felix mengetuk-ngetuk pintu bilik Khaira namun tiada jawapan.

"Anis, kenapa tu?" tanya mak.

Felix tercegat. Aduh, mahu jawab apa pulak ni? Di dahlah belum fasih lagi berbahasa Melayu.

"Nak panggil Khaira." ujarnya perlahan. Kalau kuat, takut mak terperasan suara garaunya.

"Lain suara kau hari ni? Demam ye Anis?"

Mak memegang dahi Felix. Felix angguk saja.

"Eh, mak! Akak! Hehe, Kak Anis ada benda nak bincang dengan Yaya kot. Jom kak, masuk bilik Yaya."

Khaira menarik tangan Felix masuk ke biliknya sementara mak hanya menggeleng.

"Aneh-aneh sajalah budak ni."

° ° °

"Kau nak apa?" tanya Khaira.

"Kakak kau ada kat dorm aku. Dia kata dia okay je kat sana."

Khaira terus melihat skrin telefon Anis.

"Kakak aku guna apa nak mesej kau ni?"

"Dia guna Line. Nasib baik dia perasan apps Line aku tu. Kalau tak, sampai ke kesudah kita tak dapat contact dia."

"Dia tak nak balik Malaysia ke?" soal Khaira.

"Tak tahulah. Dia cuma cakap yang dia okay je." balas Felix.

"Kalau kita yang pergi Korea, tak boleh ke?" tanya Felix.

"Aku tak tahulah weh sebab sekarang ni tengah Covid lepas tu aku mana ada duit nak guna untuk beli tiket." jawab Khaira.

"Habis tu macam mana? Aku nak balik Korea. Aku rindu hyung aku semua."

"Kau fikir aku tak rindu kakak aku?" Felix diam apabila Khaira berkata begitu.

"Takpe, buat masa sekarang ni kau stay dulu dalam badan kakak aku. Kita kumpulkan duit dan bila kerajaan Malaysia kasi travel, kita pergi Korea. Cari Kak Anis dan betulkan semula keadaan. Okay?" cadang Khaira.

"Kalau aku tak dapat tukar balik badan aku macam mana? Aku risau.."

"Kau ni! Belum apa-apa dah buat kesimpulan sendiri. Kita usaha dulu baru tawakal. Jangan risau, aku janji aku akan setiasa berada di sisi kau sepanjang kau ada kat Malaysia ni."

"Janji?"

"Ye aku janji!"

Mereka mengikat pinky promise dan saling senyum antara satu sama lain.

[ √ ] Switched | FELIXNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ