body swapping - 44

25 10 0
                                    

" Esok aku kena ikut ke ?"

" Anis , kau wajib sangat ikut. Kalau tak nanti , pakcik tua bernama jyp tu bising. Kau nak ke Felix kena sumpah dengan dia ?" kata Han.

" Ish , yelah yelah ! Aku ikut." akur Anis.

" Tak apa , Anis. Aku janji majlis tu sekejap je." kata Seungmin.

" Mana boleh percaya kau. Kau tu dahlah buaya level tinggi."

" Buaya-buaya aku pun , aku tak pernah dating dengan lebih 30 ribu manusia dalam satu live." sindir Seungmin.

" Yah , kau sindir hyung ke sekarang ni ?" soal Chan.

" Haah."

" Adik derhaka."

" Siapa adik hyung ? Aku Kim , bukan Bang."

Hampir sahaja muka Seungmin yang tampan itu menjadi sasaran tangan Chan namun Hyunjin segera menghalang.

" Ish , macam budak kecil nak bergaduh !" komen Minho.

" Mana Khaira ?" tanya Felix yang baru keluar dari biliknya.

" Dia dalam bilik , meratapi nasib." jawab Anis.

" Nasib ? Maksud kau ?"

" Dia suka Felix tapi dia tak nak bagitahu." jujur Anis membalas.

" Seriuslah ?!"

Anis menjeling Felix yang tersengih-sengih itu. Menyampah pulak rasanya.

" Kau dah kenapa sengih macam ni ? Serupa psiko pun ada aku tengok."

" Aku pun suka dia jugak."

Terus tersedak Anis mendengar jawapan Felix. Changbin lekas menghulurkan segelas air kepada Anis.

" Kau biar betul ?" tanya Anis sebaik sahaja tekak kembali normal.

" Yelah. Buat apa aku nak tipu ? Mungkin lepas aku dah dapat bertukar badan semula dengan kau , aku nak luahkan perasaan aku pada dia." beritahu Felix.

" Itu pun kalau dapat tukar badan semula , Felix."

Felix mengeluh. Ada betul juga kata Anis itu.

" Felix , aku bukan nak halang kau luahkan perasaan pada Khaira. Tapi , kau tahukan Khaira tu Islam ?"

" Tahu. Kenapa ?"

" Kalau kau luahkan perasaan sekalipun , kau dengan Khaira tak boleh bersama. Agama kau berbeza dengan agama dia."

Felix terdiam. Perbezaan agama , dia lupa itu adalah penghalang terbesar dia dan Khaira bersama.

" Aku boleh convert — "

" Kalau kau masuk Islam sebab cinta , percayalah kata aku. Kau takkan dapat bertahan. Melainkan kalau kau ikhlas untuk Tuhan. Lupakan dulu perasaan tu. Aku tak nak kau dan Khaira terluka."

Felix menunduk.

" Felix , salib dan tasbih tak mungkin akan bersatu."

Mereka tersentak. Wajah mendung Anis membuatkan Felix tersedar sesuatu.

Ya , dia dan Khaira tak mungkin akan bersatu kerana berbeza agama.

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now