body swapping - 23

22 8 0
                                    

"Yaya! Yaya! Bukalah pintu ni."

Felix ketuk lagi pintu bilik Khaira namun tiada respons daripadanya.

"Boleh ke Felix?" soal mak yang sedang berdiri di belakang Felix.

"Tak jawab-jawab pun." balas Felix.

"Haih, Yaya tu dia kalau dah merajuk susah benar nak pujuk. Makan hari jugaklah." ujar mak.

Felix garu kepala. Tombol pintu dibuka olehnya.

"Biar saya pujuk dia." Felix memberi isyarat tangan kepada mak. Nak cakap Inggeris, mak tak faham.

"Yaya, kau dah tenang ke?"

Khaira berada di atas sambil berbaring dan tangannya menekup muka guna bantal. Felix menghampiri Khaira perlahan-lahan.

"Yaya?"

Felix mengusap bahu Khaira, cuba untuk tenangkannya.

"Felix..."

Khaira meletak bantal yang menutupi wajahnya tadi ke tepi. Kelihatan matanya sembap kerana banyak menangis.

"Hei hei. Janganlah menangis lagi. I'm here for you." pujuk Felix sambil tangannya mengesat air mata yang masih mengalir di pipi Khaira.

Khaira tak tunggu lama. Badan Felix (Anis) terus dipeluk. Dia menghamburkan tangisannya di situ.

Felix senyum. Rambut panjang Khaira diusap lembut.

"Lepaskan lagi air mata kau. Kita ni manusia. Bila kita gembira, kita senyum. Dan bila kita sedih, kita menangis. Menangis bukan bererti lemah, tapi sebenarnya kuat. Menangislah lagi. Lepaskan segala-galanya." ujar Felix, masih mengusap rambut Khaira.

Sesudah rasa tenang sedikit, Khaira duduk berdepan dengan Felix. Tangannya mengesat air mata yang masih berbaki.

"Terima kasih." ucapnya.

"Dah tenang sikit?"

Khaira angguk perlahan. Felix senyum lagi.

"Kau ni memang suka senyumkan?" soal Khaira.

"Sebab bila aku senyum, orang di sekeliling aku pun turut tersenyum. Aku gembira bila orang pun gembira." jawab Felix.

Khaira tergelak kecil. Pipi Felix (Anis) dicucuk perlahan.

"Patutlah kakak aku boleh minat kau dan Chan. Sekarang baru aku faham."

Mereka terdiam. Mata masing-masing saling berpandangan.

"Kau bencikan kakak kau?" soal Felix.

"Macam mana nak cakap eh?" Khaira bersandar di kepala katil. Felix turut sama bersandar di sebelah Khaira.

"Mind to share?"

Khaira memandang kosong ke hadapan. Kalau boleh, dia tidak mahu memberitahu kepada sesiapa tentang keperitan hidupnya selama ni. Biarlah dia pendam seorang diri.

"Kalau tak nak bagitahu takpe. Aku faham kau tak bersedia." kata Felix.

"Tapi kenapa bila dengan kau je aku boleh cerita segala-galanya? Sedangkan dengan mak aku pun tak boleh nak luahkan. Bila dengan kau, laju saja mulut aku bercerita." Khaira pandang Felix dengan mata terkebil-kebil.

"Agaknya kita ni memang dah ditakdirkan kut." gurau Felix.

"Fikir sweet?"

Mereka sama-sama tersenyum.

"Aku bencikan Anis sebab mak lebihkan dia berbanding aku sedangkan aku ni pun anak dia jugak. Mak serahkan aku kepada nenek sejak usia aku empat tahun. Aku duduk balik dengan keluarga aku masa aku umur 13 tahun and Anis pulak 14 tahun."

"Dari kecil, aku tak pernah rapat dengan dia. Dia asyik dengan kpop dia tu. Tak nak ambil tahu tentang aku langsung sedangkan aku hari-hari cuba nak rapatkan hubungan kami." sambung Khaira.

"Mungkin sebenarnya dia tak tahu cara nak balas perasaan kau tu?"

Khaira mengeluh. Dia berbaring di atas katil.

"Macam bercinta tanpa mencintai pulak. Orang kata mencintai tanpa dicintai itu perit." ujar Khaira.

"Mungkin?" jawab Felix. Tangannya ditopang ke dagu sambil merenung wajah Khaira.

"Kau tak nak mintak maaf pada mak kau ke?" tanya Felix setelah lama mereka berdua diam.

"Perlu ke?"

"Kau nak jadi anak derhaka masuk api neraka ke Khaira?"

Khaira diam. Sejak bila pula mamat tu tahu dosa anak derhaka masuk api neraka?

"Mana kau tahu anak derhaka masuk neraka?"

"Aku baca bukulah. Tak macam kau. Pemalas."

"Pergh! Mulut kau tu terlebih cili ke lupa nak letak filter siot? Dia punya straight tu pembaris pun kalah." ujar Khaira dan Felix menunjuk tanda 'peace'.

"Nantilah. Tunggu aku dah rasa okay, aku mintak maaflah."

"Tengok-tengok kejap lagi kau mati."

Khaira membuat muka kau - ni - asal - eh?

"Yelah yelah! Nak pergi mintak maaflah ni!" Khaira menghentakkan ke lantai tanda protes.

"Fikir comel ke hanurt?"

Khaira membaling bantal mendengar Felix menyebut ayat budak Malaysia itu. Huh, dah kena pengaruh rempit budak ni.

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now