body swapping - 06

33 9 0
                                    

"Macam mana boleh jadi macam ni? Kesian Felix... Hampir gugur jantung aku bila dapat tahu dia kena panah petir." Hyunjin memulakan drama di pagi hari dengan fake tearsnya.

"Ak... Aku pun tak tahu. Belum sempat aku nak halang dia, dia dah pergi tepi tiang elektrik tu. Lepas tu, bila aku tengok lagi sekali, Felix dah terbaring atas tanah. Dengan hujan lebat lagi."

Jeongin menyeka air matanya manakala yang lain mengusap-usap bahu Jeongin untuk menenangkannya.

"Ah doktor! Macam mana dengan kawan kami?" soal Chan sebaik sahaja doktor yang merawat Felix keluar daripada wad.

"Kalau awak lambat hantar dia ke sini, dah arwah dah dia. Nasib awak semua baik, dia dah stabil cuma masih belum sedarkan diri lagi. Bagi dia masa untuk berehat. Panahan petir itu memang amat teruk. Mujur Tuhan beri dia peluang kedua." jelas doktor tersebut.

Mereka tersenyum lega dan mengucap syukur dalam hati.

"Bila kami boleh tengok dia, doktor?" tanya Seungmin.

"Sekarang pun boleh tapi saya harap awak tak kacau dia. Bagi dia masa berehat lagi. Saya pergi dulu ya?" ujar doktor itu sebelum pergi.

"Haih, nasib baik Felix hidup lagi. Kalau dah arwah, apa yang aku nak goreng cerita kat mak dia di Australia tu?" kata Chan sambil tersenyum lega.

"Jom kita tengok dia." ajak Changbin.

"Kau ni! Kan doktor dah cakap, bagi Felix rehat. Jomlah balik!"

"No! Aku risau!"

"Balik!"

Minho terus mengheret Changbin balik. Yang lain hanya gelak perlahan. Kalau gelak kuat kang, nurse kat situ campak dorang keluar pulak.

° ° °

khaira's pov

Khaira menepuk bahu Anis. Anis masih terbaring tak sedarkan diri dari semalam.

"Kak, bangunlah! Dari semalam kau tidur tak bangun-bangun. Kau sihat ke tak ni?" kejut Khaira.

Bebola mata 'Anis' bergerak-gerak namun masih tiada tindak balas seterusnya.

"Kakak!"

Khaira menggeleng kepala. Dia pun mengalah dan keluar daripada bilik Anis.

"Aku dekat mana ni...?"

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now