body swapping - 51

32 6 0
                                    

"Lepas kau dan Anis pulang ke Malaysia , aku dengan yang lain teruskan kehidupan kami macam sebelum ni."

Felix memgeluh. Khaira menanti ayat Felix yang seterusnya.

"Setahun lepas tu , aku bertemu semula dengan Anis yang masa tu kebetulan kami ada buat persembahan di universiti dia. Aku tanya dia tentang kau tapi dia kata dah setahun kau koma. Dia kata lagi , tolong berhenti berharap. Peluang kau untuk sedar adalah sangat tipis."

"Aku amat berharap akan ada keajaiban berlaku. Namun hampa. Aku tak pernah berhenti berharap kerana kejadian aku bertukar badan dengan Anis tu membuatkan aku yakin dengan kuasa Tuhan. Tiada apa yang mustahil di dunia ini." sambung Felix.

Khaira memandang wajah sedih Felix dari tepi. Masih sama seperti tiga tahun dulu.

"Masuk tahun yang ketiga , kau masih belum sedar. Masa tu aku rasa kita ni tak ada jodoh. Aku hampir putus asa. Tapi , kakak kau tak henti-henti suruh aku berdoa pada Tuhan. Katanya , doa itu senjata ajaib. Aku buat , aku doa hari-hari pada Tuhan."

"Akhirnya , penantian aku selama tiga tahun ni tak sia-sia. Kau akhirnya kembali semula kepada aku , Khaira."

Khaira senyum dalam tangisan. Tak sangka Felix sanggup menunggunya.

"Kenapa kau sanggup tunggu aku sedangkan ada banyak lagi pilihan. Kenapa kau pilih aku yang kentang ni ?" soal Khaira.

"Satu je jawapannya. Sebab aku cintakan kau , Khaira. Sangat cintakan kau." luah Felix.

"Tak , Felix. Tak. Kita tak boleh bersama. Kita berbeza agama." tolak Khaira.

"Siapa kata ? Kau silap Khaira. Aku dah peluk Islam dengan Chan hyung dua tahun yang lepas. Nama aku sekarang Faris Azril Iskandar Lee."

Khaira menganga. Kejutan apa lagi ni ?

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now