body swapping - 04

32 11 0
                                    

" Laaa, dah habis bateri ke? Cepat betul habis! Baru je tadi cas. " rungut Anis. Telefon di tangan di ketuk-ketuk dengan geram.

"Eh, kilat! Nak hujan agaknya. Hurm, whatever!"

Anis mengambil wayar pengecas telefonnya. Satu notifikasi tiba-tiba masuk.

'Di sini pun hujan. Ada kilat lagi. Anis, tolong pakai selimut ya! Biar tak sejuk malam-malam ini. Good night Anis!'

Anis tersenyum sendirian apabila membaca mesej di aplikasi Bubble miliknya. Mesej daripada Felix.

"Hai Felix... Sweetnya anda ini. Nasiblah hati aku masih ada dengan Chan. Kalau tak, memang aku dah jatuh cinta lama dengan kau."

Anis membiarkan mesej itu. Aplikasi instagram pula dibuka. Telefonnya masih dicas tapi ada Anis kisah?

° ° °

felix's pov

"Aduh! Line tak dapat pulak!"

Felix mengangkat telefonnya tinggi-tinggi. Dari tadi dia cuba call Chan, tapi tak dapat sebab line tak ada. Mungkin sebab hujan lebat.

"Felix! Dapat tak?!" tanya Jeongin dalam keadaan separa menjerit. Hujan lebat menyukarkan mereka berjalan.

Felix dan Jeongin terpisah daripada yang lain kerana mereka singgah ke kedai runcit tadi. Keluar saja dari kedai, hujan dah lebat dan mereka tak nampak yang lain.

"Aku nak pergi ke depan sana kejap! Mungkin line ada kat sana!"

Tanpa menunggu balasan Jeongin, Felix terus pergi ke tiang lampu itu. Dia mengangkat tinggi telefonnya. Jangan tanya kenapa telefon dia masih berfungsi sebab dia pakai telefon kalis air harga ribu-ribu nyah.

"BAM!"

"Felix!"

Jeongin kaku di situ. Dia berlari menghampiri tubuh Felix yang terbaring. Telefon Felix masih di tangannya.

Skrin telefon terkelip-kelip. Aplikasi Bubble menyala dan nama 'Anis Khairina' tertera di situ

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now