body swapping - 21

22 7 0
                                    

"Felix! Dah banyak kali aku kata, tangan tu kena hayun macam ni! Mana energi kau? Kenapa lembik semacam ni?" marah Minho.

Semua mata memandang Anis. Anis teguk liur. Tak pernah-pernah dia dimarah sebegini rupa.

"Maaf..." ucap Anis perlahan.

"Takpe, Minho. Kita mulakan balik. Felix, fokus." tegas Chan memberi arahan. Sekali lagi Anis meneguk liur.

Mereka menyambung semula latihan tarian. Sekali lagi Anis melakukan kesalahan dan dia jatuh tersadung bersama-sama Han dan Hyunjin.

"Auch!" rintih Hyunjin.

"Felix! Dah kenapa kau ni? Kenapa kau ambil tempat Hyunjin dan Han? Kau ni serius ke tidak berlatih ni?!" marah Chan pula.

Anis terkedu. Dia tidak sangka Chan boleh meninggikan suaranya kepada dia, salah satu dari berjuta fansnya.

"Sa... Saya minta maaf..." ujar Anis di dalam bahasa melayu kemudian terus keluar dari bilik latihan. Dia sudah tidak peduli mereka nak kata apa. Yang penting sekarang ni, di sudah tidak boleh bertahan lagi.

"Maaf? Sejak bila Felix pandai bahasa melayu?" soal Han hingga membuatkan mereka tersedar sesuatu.

"Aku pasti dia bukan Lee Felix yang kita kenal selama ni."

° ° °

felix's pov

Felix menyambut huluran mak. Matanya laju membaca surat itu.

"Surat tawaran sambung belajar? Kak Anis dapat sambung belajar ke mana?"

"Bacalah sendiri." ujar mak, dingin.

Felix hulurkan surat tadi kepada Khaira.

"Korea." kata Felix perlahan. Khaira membulatkan mata.

Khaira membaca satu-persatu ayat di atas kertas itu. Matanya dikerling ke arah Felix seolah memberi isyarat inilah - peluang - kita!

"Anis nak ke sambung pelajar kat Korea tu?" soal mak.

"Mestilah Kak Anis nak! Kan? Kak Aniskan-"

"Mak tanya Kak Anis, bukan Khaira."

Khaira sentap.

"Anis nak?" soal mak lagi.

Felix telan liur. Dia tak faham apa yang mak Anis tanya. Kenapa macam serius sangat?

Bam!

Felix dan Khaira sama-sama terkejut. Mak memandang muka mereka berdua silih berganti.

"Kau bukan Aniskan? Kau siapa?!"

"Apa mak mengarut ni? Ni kan Kak Anis!" Khaira cuba pertahankan kenyataan palsu itu.

"Dia bukan Kak Anis! Mak kenal Kak Anis macam mana dan mak tahu dia ni bukan Anis! Dia orang lain. Naluri seorang ibu tak pernah silap!"

"Ini Kak Anislah mak! Mak mengarut apa ni kata ni bukan Kak Anis?" Khaira masih mahu menegak benang yang basah.

"Mak mengandungkan Kak Anis sembilan bulan lebih. Mak lebih arif dengan setiap perilaku Anis tapi yang ada di depan mak ni bukan Anis. Dia orang lain!"

"Jadi, mak nak kata yang Yaya ni bukan anak mak? Mak sebenarnya tak sayang Yaya langsungkan? Mak selalu lebihkan Kak Anis, dan mak campak Yaya anak mak ni dekat rumah nenek dekat pedalaman sana tu. Kenapa mak selalu lebihkan kakak berbanding Yaya?!" bentak Khaira.

"Jangan kurang ajar dengan mak kau Yaya!"

"Kalau mak nak Yaya hormat mak, mak kena bagi hak Yaya sebagai seorang anak! Tapi apa yang mak buat? Mak lebihkan Kak Anis sedangkan dia tu budak bodoh! Mak tak pernah nampak Yaya yang dah berusaha untuk masuk sekolah asrama penuh tu. Kenapa? Apa kurangnya Yaya dan apa lebihnya Anis, mak?!"

Mak dan Khaira saling beradu pandang. Felix yang tersepit di tengah, hanya diam.

Khaira meghentakkan kakinya dan lari masuk ke bilik. Felix sempat menangkap tangisan kecil milik Khaira.

"Kau siapa? Mana Anis? Kau buat apa sampai Anis hilang?" sayu tangisan mak kepada Felix..

Felix duduk di sebelah mak. Bahu ibu Anis ditepuk perlahan. Tangannya mencapai telefon dan google (voice) dibuka.

"Saya memang bukan Anis. Saya Felix."

"Mana Anis sebenarnya?" soal mak.

"Dia ada di Korea. Dengan kawan-kawan saya. Makcik jangan risau."

Mak tersenyum. Dia mengesat air matanya.

"Walaupun semua ni macam mustahil, keadaan boleh jadi macam asalkan?" tanya mak.

Felix mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Mungkin boleh. Atau mungkin tidak ?

[ √ ] Switched | FELIXWhere stories live. Discover now