51 爱 : Curiosity

56 9 2
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 170421
Complete Editing 250521
Published On 280521

───♡─────────────
CHAPTER FIFTY ONE
〝 Curiosity 〞
───♡─────────────

AKADEMI

    Di beberapa bahagian akademi pada malam itu kelihatan begitu berwarna-warni. Huruf 'H' gergasi yang terapung di udara nampak sangat mengagumkan jika dipandang. Di sepanjang perjalanan pula dihiasi dengan beratus ekor kelip-kelip yang sepertinya sudah dilatih untuk tidak mengganggu atau terbang berdekatan dengan manusia. Para pelajar pula memakai pelbagai jenis baju yang lawa-lawa semuanya. Namun, sudah pastilah apa yang paling menarik ialah bulan penuh di dada langit. Cahayanya begitu terang, ditambah lagi dengan gugus-gugus bintang yang menemani, memang indah sekali.

    "Cantik, kan?"

    Ella berhenti mendongak memandang langit. Dia tersenyum ke arah Taehyung di tepi. Lengan lelaki itu dipeluk sejak tadi. Biar pasti betul-betul selamat, katanya.

    "Mhm. Cantik. Saya... tak tahu akademi boleh jadi semeriah macam ni. Dulu saya sampai, lengang betul," Ella melempar pandangan ke sekitarnya. Wajah-wajah ceria para pelajar menenangkan hatinya.

    Taehyung ketawa kecil. Sama ada dia dan Ella, keduanya langsung tidak peduli dengan mata-mata yang sedang memerhati, dalam kecurigaan.

    "Awak tahu tak apa yang lagi cantik dari semua ni?"

    "Tolonglah, Taehyung. Bukan saya."

    Belum sempat Taehyung menaburkan kata-kata manisnya, Ella sudah terlebih dahulu mematahkan niat yang terbuku di dada sejak beberapa saat lalu. Sengaja Taehyung memasang wajah tidak puas hati.

    "Eyyy, awak sepatutnya bagi peluang untuk saya bagi pick-up line, hahh...tak baiklah potong-potong macam tu."

    "Kalau awak nak bagi, bagi yang saya tak boleh jangka."

    "Kenapa? Sebab Jungkook dah bantai semua?"

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now