77 爱 : Rain Wonders

27 11 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 050721
Complete Editing 090721
Published On 120721

───♡─────────────
CHAPTER SEVENTY SEVEN
〝 Rain Wonders 〞
───♡─────────────

    Selepas mendapat waktu selama sehari untuk diluangkan dengan keluarga sendiri, Jungkook kembali ke akademi, membawa bersama muka seposennya.

    Tidak ada orang pun semasa dia berjalan kerana waktu sudah malam. Pelajar semua pasti sudah diarahkan untuk berada di bilik masing-masing. Dan kini, Jungkook sedang mencari Taehyung. Dia ada tanya Alice Taehyung di mana. Katanya di satu kawasan lapang dekat-dekat sahaja dengan bangunan pentadbiran.

    Jungkook tertanya-tanya apa yang Taehyung buat di sana. Namun setelah dia sampai, rupanya bukan Taehyung seorang sahaja berada di situ, malah yang lain pun ada juga.

    Seseorang mengangkat kepala apabila Jungkook berhenti semeter jauh di hadapan. Dahi Jungkook berkerut seribu melihat rakan-rakan sekerjanya, termasuk Taehyung, berada di dalam posisi plank, sebaris. Di bahagian pergelangan tangan dan kaki mereka dililit dengan gelang berwarna coklat yang Jungkook kenal sebagai beg pasir untuk menambah beban. Tidak cukup dengan itu, di bahagian belakang batang leher juga ada, dan sepanjang garisan tulang hingga ke tengah pinggang. Lelaki atau perempuan, sama saja bilangannya.

    Jungkook tahu ada sesuatu yang tidak kena. Dia menyelukkan tangan ke dalam poket jaket. Lidah di dalam mulut menolak kasar dinding pipi buat beberapa detik.

    "Apa benda pula ni?"

    Habis sahaja soalan Jungkook, bunyi guruh dari langit kedengaran. Ramalan cuaca hari ini mengatakan bahawa pada waktu malam akan hujan lebat. Mungkin betullah agaknya.

    "Well, how am I supposed to say this? 'They punished us because of you.' Uhuh. Something like that."

    Taehyung kedengaran mendengus. Dia berada di tengah, Jackson hujung sekali, sebelah kanan. Taehyung menoleh ke arah lelaki itu dan menggigit bibir geram sebagai tanda dia mahu Jackson berhenti bercakap. Jackson menggulingkan bebola mata dan mengangguk-anggukkan kepala dengan reaksi wajah tidak terlalu berpuas hati.

    Jungkook mengerling Jackson, sebelum memandang ke arah belakang kepala Taehyung.

    "Sebab game tu ke? Kenapa kau terima?"

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now