52 爱 : Falling Down

38 11 2
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 190421
Complete Editing 260521
Published On 290521

───♡─────────────
CHAPTER FIFTY TWO
〝 Falling Down 〞
───♡─────────────

    "Awak buat apa dekat sini?"

    Taehyung hairan. Matanya membulat memandang wajah Maya. Tubuh si gadis dihadapkan ke arahnya. Kedua belah lengan Maya, digenggam.

    "Saya─" apabila Maya mahu memberikan jawapan, Taehyung pantas menekup mulut gadis itu kembali sedikit kasar, tanpa disengajakan. Dia jadi panik suara Maya dapat didengar oleh Nayeon. Nayeon kini berada di tengah-tengah laluan yang menuju ke pondok Mar Milar, dan makmal akademi.   

    "Nayeon berjaga setiap malam. Awak fikir dia suka ke ada pelajar merayap, langgar peraturan?" Taehyung menyoal Maya lagi, namun kali ini dengan nada berbisik tetapi masih kedengaran tegas. Dia tidak lupa untuk memeriksa kelibat Nayeon di kejauhan. Wanita itu masih kelihatan sedang berdebat dengan diri sendiri dalam ketenangan sama ada hendak menyambung perjalanan ke sebelah kiri, atau kanan.

    "Langgar peraturan?" Maya berbisik kembali, menjauhkan tangan Taehyung dari bibirnya. "Peraturan apa yang saya langgar?"

    "Pelajar sepatutnya berkumpul dalam lingkungan satu kawasan saja. Bangunan dewan utama. Tapi awak dah melencong jauh. Nayeon akan tangkap awak dan─" ayat Taehyung tergantung apabila dia mendongak wajah untuk memeriksa Nayeon, entah sudah buat kali keberapa. Air liurnya ditelan kesat di dalam tekak. Nayeon memilih laluan di sebelah kiri.

    Ah!

    Taehyung menggigit bibir. Dia memegang bahu Maya lagi.

    "Awak dengar sini," pesanan terakhir sebelum Nayeon sampai, diberikan kepada Maya, "saya tak tahu niat awak apa, tapi saya akan cuba selamatkan awak. Beri saya penjelasan nanti. Sekarang..."

    "Nuguya?"

    Suara Nayeon dari jauh mencelah. Nadanya lebih dalam dan tegas daripada biasa. Taehyung nampak tadi, pakaian Nayeon. Pakaian Nayeon bukanlah gaun berwarna-warni, tetapi gaun ungu gelapnya. Aish. Macam tahu-tahu saja ada orang tengah buat dosa.

    Dalam diam Taehyung geram sebenarnya. Cuma, tak tahulah lebih geram kepada siapa. Maya, ataupun Nayeon.

    "...cuba sembunyikan muka awak dari pandangan Nayeon. Hm?"

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now