66 爱 : Bitter

23 13 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 060621
Complete Editing 260621
Published On 260621

───♡─────────────
CHAPTER SIXTY SIX
〝 Bitter 〞
───♡─────────────

    "Maya! Maya, tunggu."

    "Tolong...tolong dengar cakap saya dulu," Taehyung berjalan secara membelakang. Dia melekapkan tapak tangan antara satu sama lain. Biar Maya nampak permohonan maafnya.

    Gadis itu baru sahaja selesai kelas dengan Puan Aurora, dan Taehyung menunggu di luar setelah mendapat informasi.

    Maya berjalan secara normal ke hadapan, dia pula jalan membelakang. Maya tidak berhenti sejak tadi, tidak mahu mendengar suaranya, sebab itu dia begini.

    Dia perlu perbetulkan keadaan.

    "Maya, saya mabuk semalam. Saya tak maksudkan apa yang saya cakap. Sumpah!"

    Sayangnya, gadis itu langsung tidak mahu memandang ke arah Taehyung. Kelibat Taehyung yang gagah lagikan tinggi di hadapannya seolah-olah halimunan.

    Penat Taehyung. Tapi dia tak mahu berputus asa.

    "Kalau saya mabuk, saya mabuk memang teruk. Saya terbawa-bawa..." Maya masih tidak mendengar.

    "Sebenarnya itu untuk orang lain."

    Taehyung berhenti. Maya juga berhenti. Secara mendadak, gadis itu akhirnya sudi bertembung mata. Taehyung menghela nafas berat. Dia rasa lain.

    "Apa maksud awak? Awak suka orang lain...tapi sebab awak mabuk, awak terlepas cakap awak suka saya?"

    Air liur yang kelat, ditelan. Oh, tidak.

    Ini sememangnya salah. Taehyung rasa tidak sedap hati.

    "Y-ya." Taehyung...

    "Saya tak suka jadi perbualan orang."

    "Saya tahu. Saya minta maaf."

    "Lebih baik awak jangan mabuk lepastu cari saya."

    Maya mengalihkan pandangan semula ke hadapan dan menyambung langkah yang tergendala. Ya, dia menerima bulat-bulat pembohongan Taehyung.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now