67 爱 : God's Favourite Man

24 8 1
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 130621
Complete Editing 290621
Published On 290621

───♡─────────────
CHAPTER SIXTY SEVEN
〝  God's Favourite Man 〞
───♡─────────────

    Suasana malam tenang selepas semua pelajar telah masuk ke bilik masing-masing. Taehyung menunggu di hadapan bangunan dorm pelajar perempuan. Kedua belah tangannya disembunyikan di dalam poket seluar. Beberapa meter di hadapan, Meghan sedang berpusing-pusing perlahan, menjalankan tugasnya seperti biasa.

    Taehyung menunggu sehingga kelibat Maya kelihatan keluar melalui pintu utama. Taehyung perasan bahawa gadis itu memakai topi, topi yang nyata berbeza dari biasa walaupun masih berwarna hitam seperti sebelum ini. Ahh, rasanya dia terlalu memerhatikan Maya, sampaikan perbezaan topi pun boleh perasan.

    Taehyung, Taehyung.

    Nafas dalam disedut masuk ke dalam peparu di saat Maya mendekati. Tangga di hadapan bangunan asrama dipijak satu per satu oleh gadis itu sehingga sampai ke tanah yang dilitupi rerumput hijau.

    Taehyung mengukirkan senyuman nipis. "Hai," dia menegur. Maya menganggukkan kepala sebagai balasan.

    "Jadi...kita nak pergi mana?"

    Taehgung menghembuskan nafas panjang pula. Senyuman nipis tadi hilang serta-merta. Dia merenung ke bawah sekejap sebelum kembali bertembung mata dengan Maya.

    "Kita kawan, kan?"

    Kening gadis itu terjungkit ke atas. Suara Taehyung kedengaran agak tidak yakin di telinganya. Kawan. Dia tidak berapa mengerti tentang maksud kawan yang sebenar. 18 tahun, Maya tiada 'kawan'. Istilah ini agak biasa baginya. Tidak terlalu istimewa.

    "Boleh je. Saya tak kisah," Maya membalas soalan Taehyung tadi sambil mengangkat bahu. Taehyung menganggukkan kepala perlahan. Maya dapat menghidu sesuatu yang tersembunyi di sebalik ekspresi wajah Taehyung. Penuh dengan kegusaran, gelisah, takut...

    Agak-agaknya kenapa ya?

    Maya sebenarnya masih berhati-hati. Dia tidak mempercayai sepenuhnya penafian yang telah dilakukan oleh Taehyung tentang hal semalam. Tidak mustahil Taehyung, atau ejen Lupin gementar semasa bersemuka disebabkan rasa 'suka'.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now