63 爱 : Accident

24 11 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 010621
Complete Editing 220621
Published On 220621

───♡─────────────
CHAPTER SIXTY THREE
〝 Accident 〞
───♡─────────────

    "Awak nak bawa saya duduk dekat mana?"

    "Dekat sana. Tu." Jungkook mengangkat jari telunjuk ke arah meja tempat dia selalu duduk dengan rakan sekerja yang lain. Dari jauh dia dapat melihat kehadiran kesemua mereka berlapan, kecuali dia, menikmati sarapan masing-masing dengan senyap.

    "Macam tak muat je?" Kerana itulah Ella bertanya, pada pandangan matanya, kerusi di tempat yang ditunjukkan oleh Jungkook nampak tidak cukup. Kalau muat pun, cuma untuk seorang sahaja.

    "Muat. It's a table for 10 people. Tambah aku, baru sembilan. Setakat kau masuk, tak ada masalah. Jom."

    Jungkook menarik Ella dengan menggenggam pergelangan tangan kanan wanita itu di belakang. Dia berjalan ke hadapan terlebih dahulu, mendekati meja tadi yang dia maksudkan. Semua yang sudah lama sampai di situ, mengangkat wajah seketika. Masing-masing mengukirkan senyuman nipis menyambut kedatangan Ella. Cuma Chungha sahaja yang memberi reaksi wajah kosong. Tapi, takpa. Disebabkan namanya Chungha, sikapnya memang begitu.

    "Can...you give her some space?"

    "Oh," Taehyung pantas tersedar dan mengengsot ke tepi. Taeyong dan Mingyu yang duduk di kerusi panjang sama dengannya juga ikut bergerak. Sampailah ada ruang yang cukup untuk Ella dan Jungkook melabuhkan punggung, barulah mereka berhenti. Pinggan makanan masing-masing juga disusun semula kedudukannya.

    "Minta maaf ya...saya menyusahkan."

    "Takpaaa," Taeyong tersenyum manis. Jungkook pernah kata sebelum ini yang dia sukakan perempuan kacukan. Jadi, memang tidak hairan kalau kehadiran Ella langsung tidak membangkitkan rasa sakit hatinya. Mingyu pun tak apa-apa. Dia ikut senyum saja.

    Ella membalas senyuman mereka berdua sebelum dia duduk di tepi Taehyung. Apabila Jungkook juga ikut duduk, dia berada di tengah-tengah. Seorang wanita yang mempunyai rambut warna merah ada di hadapannya. Disebabkan dia jarang bertanya tentang mereka ini, agak sukar untuk dia mengingat semula nama wanita itu. Tapi, wajahnya nampak suci dan lembut. Tenang rasa hati apabila memandang.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now