93 爱 : Mother In White

22 10 4
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 260721
Complete Editing 300721
Published On 310721

───♡─────────────
CHAPTER NINETY THREE
〝 Mother In White 〞
───♡─────────────

    SinB menyorongkan botol air di dalam genggaman Maya untuk mengingatkan gadis itu. Maya segera membuka penutup botol dan meneguk isi di dalam sehingga nasi yang rasa melekat di dinding tekak, hilang dan meluncur terus ke bawah.

    Maya masih terbatuk-batuk perlahan. Kemudian dia berdehem. SinB sedang merenungnya dengan raut wajah yang risau.

    "Kalau awak tak boleh dengar, saya takkan cerita."

    Maya menggeleng. Sepertinya dia sangat bersungguh-sungguh untuk mahu tahu privasi orang lain, namun, betullah, memang dia mahu tahu. Seteruk mana pun perkataan yang dilemparkan oleh SinB tadi di dalam ceritanya, ia hanya membuatkan kisah hidup wanita itu semakin menarik. Maya mahu mendengar lebih.

    "Awak pasti?"

    "Ya. Pasti." Maya terbatuk lagi sekali. SinB masih memerhatikannya sebelum kembali sambung memberikan suapan demi suapan kepada Maya. Percaya dengan kata-kata gadis itu, SinB meneruskan ceritanya yang tergantung di permulaan.

    "Saya tahu bila saya dah pandai berfikir." Maya mengingatkan dirinya agar mengawal reaksi supaya SinB tidak berfikir bahawa dia tidak bersedia mendengar perkara-perkara lucah seperti tadi. Dia ingin cerita ini diteruskan sampai habis. "Saya luangkan masa untuk belajar tentang ubat dan cara merawat orang secara semulajadi. Kadang-kadang, ibu saya terpaksa tinggalkan rumah untuk sebab yang saya tak tahu. Selalunya lelaki yang akan panggil dia, dan dia akan pergi. Sebabtu, saya belajar memasak sendiri, supaya dia tak kelam-kabut bila tiba-tiba kena panggil lagi."

    "Saya membesar dan saya mula tertanya-tanya ibu saya buat apa. Satu hari tu saya ekori dia tanpa dia tahu. Lepastu saya nampaklah, apa yang saya nampak. Saya balik rumah dan buat-buat tak tahu. Saya mula faham kenapa saya tak ada ayah. Ibu saya pun tak dapat tentukan mana satu."

    "Saya ada seorang adik. Setahun lebih muda. Perempuan. Saya datang haid masa umur 14 tahun... lebih kurang. Dan bila saya bagitahu ibu saya, dia panik dan sembunyikan saya dekat bawah tanah. Tapi, diorang tahu. Tak pasti macam mana, diorang tahu. Saya kena heret pergi tempat yang sama saya ekori ibu saya. Diorang kata saya kena tinggal dekat sana, sehinggalah saya diberi kebenaran untuk balik. Itupun sekali sekala."

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now