88 爱 : The Innocent Culprit

21 11 1
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 200721
Complete Editing 240721
Published On 260721

───♡─────────────
CHAPTER EIGHTY EIGHT
〝 The Innocent Culprit 〞
───♡─────────────

    Hanna melangkah masuk ke dalam dorm dengan senyuman riang. Dia baru sahaja selesai meluangkan masa bersama Henson. Sehelai skarf panjang berwarna merah dia kelilingkan pada batang leher, mengalirkan haba yang sangat diperlukan tatkala suhu sekarang mula bertukar sejuk waktu malam.

    Dia membetulkan kaca mata bulat yang terlorot ke bawah hidung sambil menahan senyum. Maya sudah pasti ada di dalam bilik, kalau Maya masih terjaga, dia tidak mahu gadis itu menegurnya kerana tersengih sendirian.

    Hanna berdehem kecil sebelum pintu di hadapan menggelongsor terbuka. Dia memandang ke dalam dan serta-merta wajahnya mengendur. Beberapa pasang anak mata sedang merenung ke arahnya. Dia nampak Maya. Maya sedang duduk menyandarkan badan di tepi katil. Kulit mukanya sembap. Sebaik sahaja dia perasan kehadiran Hanna, dia segera berdiri.

    Kelopak mata Hanna terbuka luas dalam ketakutan apabila Maya menarik bahagian bajunya dengan kasar.

    "Kau ada ambil barang aku kan?" Suara Maya bergetar, namun nadanya masih terkawal. Hanna nampak ada urat-urat merah timbul pada bahagian putih biji mata gadis itu. Walaupun tidak faham, namun badan Hanna bergetar. Maya kelihatan sangat marah.

    "Tak ada."

    "Jangan tipu!" Maya menjerit, melemahkan lagi lutut Hanna untuk terus berdiri tegak. Seorang daripada rakan sebilik mereka yang lain mendekati Maya dan memegang sebelah lengan Maya, takut ada kejadian tidak diingini berlaku.

    "Aku tahu kau yang ambil! Mengakulah!"

    Badan Hanna digoncang-goncang sehingga cermin matanya jatuh. Tidak jatuh sepenuhnya ke atas lantai tetapi sudah tertanggal dari tempat yang sepatutnya. Hanna tidak dapat membetulkannya lagi. Kemarahan yang dipancarkan pada pandangan Maya ke arahnya membuat satu tubuh jadi seram sejuk.

    "Aku tak..."

    "Penipu!" Pap!

    Rasa pijar dirasakan pada kulit apabila Maya melayangkan sebuah tamparan yang sangat kuat pada pipi. Hanna refleks menekup bahagian yang kini sudah memerah dengan pantas. Cermin matanya menyembah lantai.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now