55 爱 : Ballad of The Phoenix •

38 10 3
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 160521
Complete Editing 280521
Published On 010621

───♡─────────────
CHAPTER FIFTY FIVE
〝 Ballad of The Phoenix 〞
───♡─────────────

    Laser berwarna merah yang dipancarkan oleh bebola gergasi di udara membuat jantung Taehyung berdegup semakin laju. Dia sudah terlebih gementar sebelum permainan bermula, ditambah lagi dengan serangan yang tidak dijangka ini, dia rasa seperti mahu pengsan sahaja.

    Walau apapun, dia teruskan larian, mengambil senjatanya yang diletakkan di atas tembok segi empat tepat di tengah-tengah kawasan berpasir tersebut. Peralatannya kecil sahaja dan boleh dimasukkan ke dalam poket, jadi pergerakannya lebih mudah. Peserta yang lain juga turut sibuk mengambil barang masing-masing.

    Dalam kesibukan suasana, Taehyung tidak nampak kelibat Jungkook. Namun dia tiada masa mahu mencari. Sebuah beg galas yang disimpan di tepi tembok diambil segera sebelum dia berpaling ke belakang untuk menyelamatkan diri.

    Sesekali dia menoleh melepasi bahu. Bebola gergasi di udara tadi seolah-olah 'bangun' dan marah selepas mereka memijak satu-satu bahagian berdekatan dengan tembok. Dan kini, lasernya memancar di mana-mana sahaja. Taehyung perlu berhati-hati.

    Taehyung menoleh lagi entah sudah buat keberapa kali di saat langkah kaki pantas menuju ke arah timur membawa bersama beg galasnya.

    Bup!

    Dia terjatuh ke belakang apabila terlanggar tubuh seseorang dari tepi. Taehyung dapat mendengar bunyi sesuatu berkersik dari dalam beg galasnya saat terhimpit antara badan serta tanah yang berpasir. Sekilas dia dapat melihat kelibat Jackson memandangnya kembali. Taehyung laju duduk. Dia menunggu beberapa detik, berhati-hati andainya Jackson ingin menyerang.

    Tetapi Jackson sekadar membetulkan begnya di bahu sebelum berdiri. Taehyung ikut berdiri. Hoodie kain hitamnya kini ada butir-butir pasir. Jackson berlari ke arah timur laut, menyimpang sedikit dari laluan yang dituju oleh Taehyung. Taehyung membiarkan dia pergi. Rasa lega sedikit kerana dia tidak lagi perlu menggunakan tenaga untuk berlawan pada awal-awal permainan.

    Masih berhati-hati agar laser merah dari bebola gergasi tidak mengenainya, Taehyung memecut ke hadapan kembali. Dia memanjat bahagian pasir yang menjulang ke atas, sempat mengelak dari terkena laser yang lalu betul-betul beberapa sentimeter di belakang kaki.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now