87 爱 : A Terrible Lost

22 10 1
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 190721
Complete Editing 240721
Published On 250721

───♡─────────────
CHAPTER EIGHTY SEVEN
〝 A Terrible Lost 〞
───♡─────────────

    "Ejen Phoenix telah menerima hukuman yang sepatutnya kerana mencederakan seorang pelajar. Saya tidak berapa faham alasan kenapa awak perlu agresif membela seorang pesalah, kapten?"

    "Saya pasti dia ada sebab tersendiri. Kawan saya takkan bergerak kalau tiada orang timbulkan provokasi."

    "Dia masih salah. Kapten, tidak kiralah apapun, seorang ejen yang baik haruslah pandai mengawal diri."

    "Saya faham. Cuma sekarang saya akan siasat sendiri hukuman apa yang dia terima selama ni di belakang saya. Saya fikir dengan menghantar dia ke penjara sudah cukup untuk buatkan akademi berpuas hati. Rupanya, saya salah."

    "Adakah awak mula meragui kepercayaan awak pada kami, kapten?"

    "Ya. Saya setia dengan kawan saya saja."

    Wajah puan presiden tidak berapa baik selepas Taehyung pergi dari pejabat. Namun Taehyung tidak nampak apa yang salahnya jika dia mahu menyiasat sendiri sebelum kembali memutuskan kepada siapa setianya layak diberi. Dia kuat, dia bijak. Dia boleh selesaikan misteri ini untuk Jungkook.

    Si sahabat sedang bersembunyi di dalam hutan. Satu lagi kawasan akademi yang paling hujung. Taehyung memerlukan masa lebih dari sejam sebelum akhirnya tubuh sahabat singgah di hadapan mata. Masakan tidak, dia perlu memanjat gunung yang menjadi habitat sejenis bunga putih ini. Sekiranya mahu dicabut, keikhlasan yang benar-benar ikhlas diperlukan. Memetik ia tanpa tujuan hanya menyebabkan bunga itu layu dengan pantas sebaik sahaja akarnya tidak lagi tertanam di dalam tanah.

    Taehyung menstabilkan nafas apabila dia sampai di puncak. Hari sudah senja. Matahari hampir terbenam di ufuk. Pemandangan yang hangat dan tenang itu dinikmati oleh Jungkook. Si sahabat sedang duduk di pinggir gunung sambil merehatkan lengannya di atas lutut. Di tepi Jungkook ada beberapa bunga putih yang telah dipetik, masih segar dan dalam keadaan elok.

    Taehyung menarik nafas dahulu sebelum berjalan ke hadapan. Dia melabuhkan punggung di sebelah si sahabat. Pandangannya juga dilempar ke kejauhan, menikmati alam yang diciptakan oleh Tuhan.
   
    "Untuk siapa tu? Banyak kau petik."

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now