64 爱 : A Little Touch

21 11 2
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 020621
Complete Editing 240621
Published On 240621

───♡─────────────
CHAPTER SIXTY FOUR
〝 A Little Touch 〞
───♡─────────────

    "Ehem..." Taehyung melonggarkan tekak, memecah sunyi suasana. Tisu yang diletakkan di bawah pinggang, ditarik keluar lalu digunakan untuk mengelap permukaan bibir.

    "Ehem," dia berdehem sekali lagi. Ella sedang memandangnya dengan mata yang terkelip-kelip laju. Soalan Jungkook yang tadi, mahu dijawab olehnya.

    "Sebenarnya aku─"

    "Dahlah." Kening Taehyung terangkat. Baru sahaja dia mahu berterus-terang, Jungkook memotong ayatnya. Si sahabat melemparkan jelingan malas sebelum membetulkan posisi duduk. "Tak perlu bagitahu. Aku dah tahu."

    "Hm?" Ella pula yang terjungkit kening kali ini. Dia menoleh ke arah Jungkook. Sebenarnya dia mahu mendengar jawapan Taehyung. Tapi Jungkook...

    Selepas mendengar suara kecil Ella menyampuk, senyuman nipis terbit di bibir. Jungkook menepuk-nepuk perlahan permukaan meja di hadapan wanita itu dan menyebut perkataan 'order'. Semangkuk sederhana sup ayam bersama air kosong muncul di situ setelah dia mengalihkan tangan. Tanpa mempedulikan tentang hal yang lain, dia mengambil tangan Ella untuk mencapai sudu dan garpu yang datang bersama-sama dengan hidangan tadi. Dia menggesa wanita itu agar segera menjamu selera.

    "Kau, makan. Lepastu kita balik."

    Kalau bukan kerana mereka tidak berdua, Ella sudah lama membuka mulut hendak membantah. Namun, dia malu. Sekarang, rakan-rakan sekerja Jungkook ada di sekelilingnya. Jadi dia sekadar mengerutkan dahi, menunjukkan reaksi tidak puas hatinya sekejap, sebelum mencapai sudu dan garpu seperti yang Jungkook inginkan.

    Dia juga mahu tahu apa yang berlaku semalam kepada Taehyung semasa dia pengsan.

    Ish.

    Jungkook juga memesan makanan seperti biasa apabila dia melihat Ella akur, mula menghirup sup ayam dalam mangkuk yang ada di atas meja. Dia tidak pula memesan hidangan yang sama. Disebabkan tadi badan Ella panas, macam nak demam, ada baiknya dia bagi makan sup. Dia tak apa. Dia sihat lagi.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now