73 爱 : Favour For a Return

24 10 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 220621
Complete Editing 040621
Published On 080621

───♡─────────────
CHAPTER SEVENTY THREE
〝 Favour For a Return 〞
───♡─────────────

    Jungkook terjaga dalam keadaan mengejut pada waktu malam. Sebaik sahaja dia mendapati kelopak matanya sudah terbuka, dia pantas turun dari lantai pondok dan terus berjalan terhuyung-hayang ke gigi air.

    Dia tidak peduli dan terus menadah air dengan tangan untuk membasahkan tekak yang rasa kering, dahaga. Dia melakukan hal yang sama lebih dari lima kali, sebelum rasa lega kembali datang.

    Cuba bertenang, dia mencuci muka, kemudian perlahan-lahan air digunakan untuk membasahkan bahagian leher. Ada kesan luka dan darah kering melekat di sana, disertai dengan lingkaran lebam, seperti daging yang baru sahaja selesai dibakar. Jungkook mendesis perlahan sebaik sahaja rasa pedih menyerang.

    Jungkook terbatuk-batuk sekejap. Ada rasa darah di rongga tekaknya. Pahit betul jika ditelan.

    Angin sejuk tiba-tiba bertiup, menerbangkan bahagian rambut yang terjatuh ke permukaan dahi. Ada seseorang mendekati dari belakang. Jungkook tidak sedar sehinggalah ada suara menyapa telinganya.

    "Lena tidur?"

    Suara seorang perempuan. Jungkook tidak menoleh. Dia mencuci muka sekali lagi sebelum menghempaskan punggung di atas pasir. Lengannya direhatkan di atas lutut yang diangkat ke udara. Kepala ditundukkan ke bawah, menelan rasa penat yang agak mematikan.

    Dia mengatur nafas.

    Pemilik suara tadi berhenti berjalan dan berdiri di tepi. Apa yang dia dapat lihat dari ekor mata hanyalah kain gaun panjang paras buku lali berwarna oren. Dia memejamkan mata. Jelas sekali tidak mahu membuang tenaga yang tersisa dengan begitu banyak setelah apa yang berlaku.

    "Kau dapat bertahankah? Sampai bila-bila...hidup macam ni?"

    Jungkook berdehem untuk melegakan rasa tidak enak tekak. Seperti ada kahak sedang berkumpul...

    Soalan itu tidak dijawab. Dia lebih memilih untuk menutup mulut dan buat-buat tidak tahu.

    Perempuan tadi ketawa mendengus. Sudut bibirnya yang tajam ternaik ke atas. Sebelah tangan diletakkan di belakang badan.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now