99 爱 : Little Princess

35 11 16
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 030821
Complete Editing 050821
Published On 060821

───♡─────────────
CHAPTER NINETY NINE
〝 Little Princess 〞
───♡─────────────

( OKTOBER )
Seoul, South Korea 🇰🇷

    Jungkook menanggalkan tali pinggang selepas dia menerima mesej dari Ella Audrey melalui telefon. Pintu di tepi ditolak dan dia keluar. Suasana musim luruh yang tenang dan sedikit sejuk menyapa kehadirannya. Jungkook memasukkan telefon ke dalam poket seluar slack hitam yang dipadankan dengan kemeja kain warna sama, cuma ada diselangi garis lurus putih sebagai hiasan. Jungkook berpakaian agak formal hari ini. Dia mahu kelihatan kemas kerana mengikut rancangan yang telah diatur, hospital adalah tempat seterusnya dituju selepas ini.

    Sebelum itu, Ella perlu ada di hadapan matanya dahulu. Tiket yang ditempah beberapa minggu lalu telah digunakan, dan Ella telah memberitahunya melalui mesej bahawa dia sudah hampir dengan tempat Jungkook memakirkan kereta. Semestinya Jungkook tidak ada masalah untuk mengambil terus di Incheon, di lapangan terbang, tetapi Ella telah memujuknya untuk tunggu di Seoul sahaja. Ada pemandu yang diupah oleh Faye bertugas menghantar Ella ke mari.

    Mesej terakhir dari si isteri beberapa minit lalu mengatakan bahawa kali ini dia memang betul-betul sudah dekat. Dan sebab itulah juga Jungkook keluar.

    Di bonet hadapan kereta, Jungkook duduk. Kedua belah tapak tangannya direhatkan di permukaan besi licin kereta tersebut. Kemudian dia dongakkan wajah sedikit. Mata dipejam buat seketika, menarik nafas dalam-dalam. Degupan jantung jadi jelas kedengaran bila dia cuba bertenang seperti ini. Berjarak sebulan sejak dia bersemuka dengan Ella Audrey, tapi dia masih gementar. Teruja, sebetulnya. Walaupun masih kecewa Hana dan Jeongsan tidak ikut sekali, mungkin ini sudah cukup. Ella masih menolak untuk pulang, keyakinan dan keteguhan prinsipnya tidak mudah sudah dipatahkan sejak berbadan dua. Adalah sedikit rasa bersalah, namun pujukan Jungkook masih tidak dapat menggoyahkan kepentingannya.

    Jungkook membuka mata, berhenti menghayati suasana musim luruh di tepi Sungai Han ini. Tubuhnya dipeluk dan otot lengannya kelihatan memandangkan dia telah melipat bahagian kain kemeja sehingga ke siku. Separuh dari tatunya ikut sama terdedah.

    Dia menunggu di tempatnya dengan sabar sehingga suara yang dia ditunggu, kedengaran di ruang telinga.

    "Jungkook!"

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now