92 爱 : Red Head

18 12 2
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 250721
Complete Editing 300721
Published On 300721

───♡─────────────
CHAPTER NINETY TWO
〝 Red Head 〞
───♡─────────────

    Patutkah, atau tidak patutkah? Taehyung pergi melawat Maya. Iya memang dia sedang bergerak, dia sudah melepasi kaunter pertanyaan  pun. Tapi sekiranya tindakan ini tidak betul, dia masih boleh pusing balik.

    Taehyung mendekat dan semakin dekat. Dia sampai di bahagian wad yang diberitahu kepadanya tadi oleh jururawat bertugas. Taehyung menyentuh kain langsir tebal yang terpasang untuk memberi privasi kepada pesakit. Dia masih teragak-agak. Masih ragu-ragu dengan pilihan sendiri. Namun apabila mendengar ada suara lelaki, dia terus menyelak langsir secara mengejut, membuatkan Maya, dan lelaki bernama Alex di dalam menumpukan perhatian terus kepadanya.

    Taehyung melangkah masuk. Dia betulkan kain tebal di belakang sebelum membalas pandangan satu demi satu manusia yang berada di hadapan. Taehyung tidak begitu lama memerhatikan Maya, dia lebih tumpukan perhatian kepada Alex.

    "Eo." Dia menyelukkan tangan ke dalam poket. "Awak pun datang untuk melawat dia?"

    Alex menarik nafas dalam dan memandang Maya. "Iya. Dia tak datang kelas hari ini, jadi saya tanya kawan dia kenapa."

    Alex telah membawa sebuah bungkusan bunga ros putih. Oh Tuhan! Taehyung langsung tak bawa apa-apa.

    "Awak pula kenapa datang sini? Bukankah awak dah ucapkan selamat tinggal?" Kejanggalan dan rasa malu benar-benar dapat dirasakan oleh Taehyung sebaik sahaja Alex menjungkitkan kening ke arahnya selepas mendengar kata-kata Maya. Dia mengambil tempat di sisi katil Maya yang sebelah lagi, berseberang dengan kedudukan Alex. Bukan sahaja cuma bungkusan bunga yang Taehyung perasan ada di atas meja kali ini, tapi dengan botol air, plastik makanan dan juga topi.

    Topi.

    Taehyung mendongak. Alex mengelipkan kedua belah mata sekali, mungkin menunggu dia untuk membuka mulut selepas Maya mengutarakan soalan.

    Taehyung berdehem.

    Ehem-

    "Maya, saya cuma ri─"

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now