78 爱 : The Boy Who Cries Rain

23 12 4
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 070721
Complete Editing 110721
Published On 130721

───♡─────────────
CHAPTER SEVENTY EIGHT
〝 The Boy Who Cries Rain 〞
───♡─────────────

    Taptaptaptap

    Taehyung berlari-lari anak meredah hujan melalui jalan bertar di bawah tapak kasut but yang dipakai. Payungnya ditutup, tidak lagi dipasang untuk melindungi kepala.

    Lariannya dituju ke arah sebuah istana di hadapan yang dibina di tepi pulau akademi. Taehyung tidak berjalan kaki ke sini kerana tempat ini sangat jauh. Sama jauhnya sekiranya dia mahu pergi ke kem tentera.

    Istana yang dimaksudkan dicat dindingnya dengan cat berwarna gangsa. Ada sedikit campuran emas pada celah-celah yang kecil tetapi tidak berapa ketara semasa waktu hujan. Untuk sampai ke pintu masuk, ada sebuah jambatan papan yang panjang perlu dilalui oleh Taehyung. Sebaik sahaja dia meletakkan kaki ke permukaan jambatan tersebut, seseorang di hujung sana muncul, sedang berdiri menyilang tangan di belakang tubuh di jenang pintu.

    Taehyung tidak berhenti sehingga dia tiba di kawasan yang teduh. Wajah milik 'seseorang' yang menunggu menyapa pandangan mata. Lelaki, kulitnya putih lain macam, bibir pun merah lain macam. Taehyung kenal dia. Jung Jaehyun.

    Jaehyun ialah bekas peserta CAKRA semasa zaman mereka dahulu, dan dia adalah orang pertama yang mati. Mati yang betul-betul mati selepas diserang oleh Bad Blood. Berdirinya Jaehyun di sini adalah kerana jasa dan ihsan seseorang. Dia ada paras rupa yang kacak, menawan. Oleh itu, seorang gadis bernama Wonyoung ini, dia telah mengambil Jaehyun sebagai hamba. Dalam kata lainnya, orang suruhan, penjaga, peneman...

    Macam mana?

    Wonyoung ialah seekor pontianak. Satu-satunya yang tinggal di akademi. Istana ini...dia yang punya. Ia dibina jauh supaya tidak mudah untuk orang lain datang dan mengganggu.

    Dia selamatkan Jaehyun dengan menjadikan Jaehyun sepertinya. Putih, pucat, ada mata hitam bersinar, tidak berdarah, tapi...meminum darah sebagai santapan sehari-hari.

    Kini Jaehyun tinggal di istana, benar-benar telah menjadi hamba Wonyoung. Di kehidupan pontianak mereka, Wonyoung mungkin nampak muda, tapi dia beratus tahun lebih tua dari Jaehyun. Jaehyun ni sebaya Jungkook pada tahun terakhir dia bergelar manusia biasa. Sekarang ikut umur zahirnya yang baharu, mungkin...5 tahun? Budak lagi. Budak pontianak.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now