chapter 3-the beginning

5K 443 128
                                    

THE BEGINNING

********

Dian dan Cyra berada di ruang tamu. Dian membaca novel dan Cyra pula seperti biasa bersama movie. Sedang leka membaca, phone Dian berbunyi. Notifikasi.

Phone disebelahnya dicapai lalu message dibuka. Dahi berkerut apabila membaca message yang diterimanya.

Unknown : 2 petang. Pergi location aku bagi.

Cyra yang perasan wajah Dian berubah itu, mula pelik. Cyra menyentuh lengan Dian dan Dian terkejut.

"Kau dah kenapa macam jumpa hantu je? Ada apa-apa terjadi ke?" soal Cyra.

Dian menggeleng. Phone dibuka semula, hanya satu jam yang tinggal.

"Cyra aku naik atas kejap"

Cyra hanya mengangguk. Dian berlalu pergi. Pintu bilik dikunci. Nombor yang tidak dikenali tadi dicari lalu membuat panggilan. Dian mundar-mandir menunggu panggilan dijawab.

Namun gagal. Dian mengetuh perlahan phone di dagunya. Lama itu, Dian mengeluh.

************

Noah menghampiri Cyra. Remote yang berada di tangan Cyra dirampas.

"Kau apahal?!" marah Cyra. Bantal dihempuk ke badan Noah.

"Carl suruh kau bersiap" ujar Noah.

"Nak pergi mana? Aku malas nak keluar lah!" balas Cyra.

Isaac berdiri di tepi mereka lalu berpeluk tubuh.

"Hoi, cepatlah! Nak bincang pasal syarikat! Minah ni selalu buat hal" celah Isaac.

Cyra berdiri menghadap Isaac.

"Diamlah kau! Tutup mulut tu, jangan cakap dengan aku! Macam orang bodoh kau tau!"

"So? Mulut aku bukan mulut kau! Kecoh!"

Noah mengeluh. Inilah, Cyra dan Isaac. Sama aje! Dengan Carl juga Cyra bergaduh. Memang rumah ni tempat berperang mulut agaknya.

"Haih, bisinglah! Dah pergi jauh-jauh! Aku nak tengok cerita ni" celah Noah. Malas mahu mendengar orang bertengkar.

"Mana abang kau?" soal Cyra.

"Kejar biawak" selamba Isaac.

"Jangan sampai berita malam ni keluar, seekor setan mati akibat ditendang oleh seorang perempuan!"

"Jangan sampai berita malam ni keluar, seekor beruk mati akibat bergaduh dengan jejaka kacak!"

Cyra mendengus geram. Tangan mengepal penumbuk. Belum sempat apa-apa, suara yang dikenali berdehem.

Carl berdiri kaku, tangan berada dalam poket. Kening dijongket. Mengacau sahaja dia mahu bersiap dengan suara-suara minta kaki.

Isaac pantas melangkah ke Carl.

"Kau tengok lah minah beruk ni! Tak padan dengan beruk!" adu Isaac.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now