Chapter 22-Firash Zariq

2.4K 421 201
                                    

FIRASH ZARIQ

********

Kereta honda yang dipandu oleh Dian berhenti dihadapan pagar rumah. Rumah banglo satu tingkat. Walaupun satu tingkat, rumah itu besar kerana tanah yang luas. Dian keluar dari perut kereta. Cermin pintu kereta menjadi mangsa untuk membetulkan shawl nya.

Kaki melangkah mendekati pagar. Phone dalam handbag diambil.

"Bagitahu bodyguard nama Dian. Nanti dia buka kan. Kemudian, talian ditamatkan. Seorang bodyguard berpakaian lengkap itu mendekati Dian.

"Who are you?" Soal bodyguard.

"Alaya Raeesa Diandra." Tanpa nada Dian menjawab. Bodyguard itu mengangguk dan membuka pagar. Dian memasuki perut kereta dan memandu masuk ke dalam halaman rumah.

Tiba sahaja di hadapan pintu utama, dua bodyguard berdiri di belakang Dian. Seorang perempuan memeriksa badan Dian. Tidak sampai lima minit semua selesai. Dian tersenyum sinis. 

Kaki perempuan itu ditendang dan tangan ditarik kebelakang, membuatkan posisi yang berdiri tadi jatuh terduduk. Kaki Dian menahan tangan perempuan itu dari bergerak. Rambut ditarik dan pisau diletak pada leher.

Seorang lelaki bodyguard, mengacukan pistol ke kepala Dian. Senyuman Dian terukir. Perlahan-lahan bodyguard itu mendekati Dian. 

Dush!

Dian meluku perut bodyguard itu. Pisau itu dicampak jauh. Pistol di tangan bidyguard dirampas. Kemudian diacu pada perempuan yang terduduk itu. Mereka berdua mengangkat tangan. 

"How dare you touch me without permission huh?" Nada psiko Dian berbicara. 

Bunyi pintu utama dibuka. Dian memandang ke arah tersebut. Dua bodyguard lelaki tadi berdiri tegak dan menunduk hormat buat seketika. Perempuan yang masih dilayan kasar oleh Dian, menahan kesakitan.

"Dian, what you have done? Come on, she's work for me!" Tegas nada lelaki di hadapan Dian. Dian menjulingkan matanya ke atas. Perempuan itu dilepaskan. Berdiri tegak.

"Next time, don't ever let your bodyguards touch me! Valen will kill them, if he knows." Balas Dian selamba. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. 

"Sorry and teruskan tugas masing-masing." 

Semua mengangguk faham dan pergi. Pintu ditutup. Dian dengan selamba duduk di sofa ruang tamu dan senyum pada lelaki yang muncul. Dengan pasrah, dia duduk bertentangan dengan Dian. Mak cik yang tidak terlalu tua muncul membawa dulang.

Air dan kek diletakkan ke atas meja. Dian senyum lembut kepada mak cik itu. Bibik mungkin. 

"Mama Hana gerak pukul berapa?" Soal Dian.

"Awal subuh tadi."

Dian mengangguk. Mata memandang sekeliling rumah. Cantik. 

"Mummy..."

Dian kembali menumpukan perhatian pada lelaki di hadapannya. Baru sahaja dia mahu memulakan perbualan, Dian mencelah,

"Oups, tak nak dengar. Belanja Dian sushi and then we talk about it. Okay?" Teruja Dian. Dia tersenyum dan mengangguk setuju.

Dia. Tengku Firash Zariq Bin Tengku Harriz Fareeq.

********

Dian menggosok-gosok tangannya dengan teruja. Tiba sahaja sushi kegemarannya di hadapan mata, Dian mengambil. Chopsticks digunakan untuk mengangkat sushi dari pinggan. Kemudian, ngap ke dalam mulut.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now