Chapter 44

1.3K 187 10
                                    

TENGAH HARI. Seperti yang dijanjikan oleh Cara Melissa, mereka semua sudah berada di markas VA seperti yang dikatakan 3 pagi tadi. Bilik utama menjadi tempat untuk mereka membuat perbincangan tentang apa yang berlaku malam tadi.

Rakaman yang dilihat 3 pagi tadi ditayangkan kepada boys untuk melihat. Bukan rakaman asal tapi yang sudah di edit supaya mereka dapat melihat dengan lebih jelas setiap perkara yang berlaku dalam rakaman itu. Setelah tamat, Cara Melissa berdehem.

"Explain Isaac Valen. What is this? Kau tahu apa yang berlaku, kan?" soal Cara Melissa. Nadanya marah. Siapa je tak marah apabila semua ini dirahsiakan. Valen memeluk tubuh.

"Dah diorang tikam belakang, nak buat macam mana?" Tenang nada Isaac menjawab persoalan Cara Melissa.

Semua memerhati Isaac yang melangkah ke hadapan. Dia berdiri di tengah-tengah dan mengambil phone dari poket seluar dan selepas itu mengangkat phone.

"Aku dapat text selepas 8 malam bersama rakaman asal. Bangunan yang meletup bukan bangunan Zayden tapi..."

"Syarikat aku dekat Switzerland." Cyra mencelah. Reka bentuk yang 90 peratus sama itu menyebabkan Cyra dapat mengenal pasti bangunan apa yang meletup. Patutlah ada berita bangunan meletup dan yang pelik sekarang ini adalah Cyra tidak mendapat sebarang laporan.

Vaeln mengangguk. Cyra yang sudah mahu mengamuk itu menapak kaki untuk keluar dari bilik dan menuju ke bilik tahanan. Suara Noah menghentikan langkah Cyra. Badan dipusing semula.

"Jangan terburu-buru. Kita duduk dan kumpulkan maklumat. Baru lah semuanya perfect." ujar Noah. Semua membuat reaksi setuju. Masing-masing melabuhkan punggung di atas kerusi. 

 Masing-masing diam. Suasana tegang itu dibiarkan lama sehinggalah Dian menghela nafas dengan kasar. Dia berdehem. Semua orang di situ dipandang sekilas sebelum meletakkan kedua tangan di atas meja.

"Aku yang cabar Zayden bunuh Carl." 

"WHAT?" semua di situ bersuara namun Dian masih beriak biasa.

"Aku tahu dia lelaki dalam gambar tu. Aku datang rumah Cyra then cabar dia."

"Motif?" soal Isaac. Nadanya seakan bengang dengant tindakan isterinya. Mesti ada motif Dian buat semua ni. Oh, bukan Dian. Tapi Alaya. Alaya sentiasa ada motif dia buat semua benda. Am I right or not huh?

Dian menongkat dahunya. Pandangannya seratus peratus pada Isaac yang duduk di hadapan. Senyuman lebar diukirkan.

"Motif? Aku dapat point kenapa dia jadi setan."

Isaac mengikut rentak Dian. Dia turut menongkat dahu.

"Point? Point apa?" Noah menyoal.

"Dia jadi setan sekarang ni sebab Darren." jawab Dian lalu bangun dan berdiri di tengah-tengah meja menampakkan semua orang. Perhatian mereka bertukar ke arah pintu yang dibuka dari luar selepas seseorang mengetuk pintu.

Seorang lelaki berbadan tegap membawa satu file bersamanya. Dian mengambil file yang dihulurkan lelaki itu. Kemudian, lelaki melangkah keluar dan menutup pintu semula. Lelaki itu juga menjaga bilik tahanan. Boleh dipercayai. Maybe 84.5 peratus sahaja.

Dian menghempas file itu ke atas meja. Carl mengambil file itu dan membaca segala maklumat tentang Zayden Atheer.

"Tiga beradik. Zayden Atheer, Darren Atheer, Zayreen Atheerah."

Semua sudah bingung. Tidak sangka data peribadi Zayden bakal memberi kejutan sebegini. Noah mengambil file itu dan dibelek kertas-kertas yang terikat dalam satu file.

Maklumat peribadi Zayreen Atheerah dilihat. Gambar Zayreen Atheerah ditatap.

"Yang menjadi persoalan sekarang ini, Zayreen tak pernah muncul. Darren rahsiakan perhubungan dengan Zayden." Firash bertutur.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now