Chapter 29-misteri

2.5K 437 186
                                    

MISTERI

******

"Darren mati."

Itu yang dikatakan oleh Zayden Atheer kepada Cyra. Mereka sedang duduk berdua di gazebo yang terletak di halaman hadapan rumah Nazhan Ariff dan Hanan Amani. Cyra terdiam dengan berita yang disampaikan oleh Zayden. Zayden mengeluarkan phone dari poket seluar. 

Phone milik Zayden dihulurkan kepada Cyra. Cyra tenung phone itu seketika sebelum mengambil phone itu. Mata Cyra terbuntang, mulut Cyra terlopong melihat gambar-gambar Darren yang terlantar di atas lantai.

Dahi Darren terukir simbol C. Leher pula menampakkan kesan seperti dijerat dengan tali. Kulit Darren pucat lesu.

"I dah suruh orang-orang I tanam Darren."

"Mana you jumpa Darren?"

Darren menyentuh skrim phone. Gambar ditarik ke kiri. Menamppak gambar gudang yang seperti ditinggal lama. Cyra teringat sesuatu.

"Bukan ni tempat..."

"Tempat Valen."

Cyra memandang Zayden dengan penuh tanda tanya. Namun pertanyaannya lebih kepada dirinya sendiri.

Isaac Valen tahu semua ini?

"Bukan Valen yang buat." ujar Zayden dengan tenang. 

"Macam mana you tahu yang Valen tak buat and about gudang ni?" soal Cyra lagi.

"Simple, dear. Seksaan Valen bukan macam ni. Gudang ni memang milik Valen. Nampak di luar macam usang, tinggal lama tapi dekat dalam penuh alat hanya untuk seksaan. Beberapa bulan lepas, Hayder Arsalan dapat tahu yang Valen ke sini hanya untuk bunuh orang dia. Setakat ni 5 orang pekerja Hayder kena bunuh dengan Valen." panjang lebar penjelasan Valen.

Zayden mengambil phone yang berada di tangan Cyra. Mencari gambar untuk tunjuk pada Cyra. Cyra mengambil semula phone dan melihat semua gambar. Tangan menekup mulut. Terkejut.

"Ni kerja Valen. You banding lah dengan mayat Darren. Bukan sepatutnya Darren akan kena seksa teruk ke? Yelah, Darren sentuh Dian kut." cerita Zayden lagi.

Cyra berkerut.

"Sentuh Dian? Maksudnya?"

"For your information, penyakit DID Dian tu berpunca dari Darren. Selama ni Leo bertunang dengan Dian pun sebab Darren. Leo nak selamatkan Dian tapi dendam yang Leo pendam selama ni buatkan dia tak terkawal. Yang buatkan Darren lagi marah bila dia dapat tahu isu rogol, free hair semua tu hanya tipu semata-mata."

Cyra memberikan phone kepada Zayden semula. Raut wajah Cyra berubah. 

Siapa pula yang muncul kali ini kalau bukan Valen?

Teringat kata Zayden tentang Hayder. Cyra merenung Zayden yang sedang memandang Cyra.

"Where's Hayder Arsalan?"

Zayden menggeleng terlebih dahulu.

"Hayder masih bersembunyi."

"Bersembunyi untuk apa?"

"Valen. Valen mesti akan cari Hayder untuk Elvina Lydia." jawab Zayden.

Cyra diam. Memikirkan keadaan sekarang. Serabut kerana banyak benda yang harus dibongkarkan. Siapa pula kali ini? Urghh, stress dibuatnya! Cyra tersentak apabila tangannya disentuh oleh Zayden. 

Zayden menggenggam erat tangan Cyra. Seperti mahu menyalurkan kekuatan. Cyra mahu menarik tapi takut. Takut jika Zayden menjadi 'Zayden' yang kejam. Pernah Cyra menolak apa yang Zayden lakukan dan balasannya adalah tamparan. 

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now