Chapter 48

1.6K 212 36
                                    

CYRA yang sedang memeriksa semula barang hantaran itu dihampiri. Cara Melissa melabuhkan punggung di sebelah Cyra. Lebihan bunga yang tidak dipakai itu dicucuk pada sebuah gabus yang juga tidak diguna pakai. Ada beberapa barang yang Cyra betulkan kedudukannya, ada juga beberapa hiasan digubah semula akibat terlihat serabut.

Selepas itu, Cyra menepuk kedua-dua tangannya. Dia mengangguk sekali dengan senyuman puas hati. Lepas solat zohor, Noah dan Cara Melissa akan akad nikah dan malam pula majlis bersanding. Dian muncul bersama sebuah mangkuk yang dipenuhi buah-buahan. Mereka bertiga makan buah sambil melihat hantaran milik Cara Melissa.

"Dah kahwin boleh dah ni tolong jaga anak-anak aku bila aku tak ada nanti." ujar Cyra.

Berkerut kening Cara Melissa. Mata dijuling ke atas. Tangan tidak henti menyuap anggur dalam mulut.

"Kau nak ke mana pula hawau? Tak boleh duduk diam dalam rumah ni?"

"Mana lah tahu kalau aku pergi ke an an?" 

Pap!

Satu tamparan di lengan oleh Cara Melissa kepada Cyra. Kalau ikutkan dia mahu menarik rambut juga tapi disebabkan Cyra memakai tudung, terbantut niatnya.

"Kau dah kenapa sejak-menjak ni jadi dramatik? Tak ada cerita lain ke nak cakap?" marah Cara Melissa.

"Alah kau ni, tu pun nak marah! Orang cakap practise." ujar Cyra. Dian mengangguk setuju. Epal dalam mulut dihabiskan sebelum bersuara.

"Betul, aku sokong! Jaga anak-anak aku sekali!" tokok Dian.

"Banyak lah kau!" balas Cara Melissa dengan anda geram. Pecah tawa Cyra dan Dian. Mereka menghabiskan buah selepas itu bersiap sedia dalam bilik masing-masing.

Cara Melissa membersihkan dirinya sementara menunggu tukang solek datang. Noah berada di rumah Isaac. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Pihak lelaki dan pihak perempuan. Keluarga masing-masing juga sudah sampai dan turut berpecah sama. Cara Melissa menutup suiz hair dryer apabila mendengar pintu bilik diketuk.

Nisa senyum tipis melihat Cara Melissa membuka pintu. Tangan Nisa disalam sebelum bertanya tujuan Nisa berada di hadapan bilik. Nisa mengenalkan tukang solek perempuan. Cara Melissa senyum lalu memberi laluan kepada tukang solek itu untuk masuk ke dalam bilik. Nisa meminta diri dan Cara Melissa menutup pintu.

Punggung dilabuhkan ke atas kerusi yang beradapan dengan cermin besar. Tukang solek itu membuka dan menyusun alat-alat solek miliknya. Cara Melissa menadah sahaja mukanya diconteng. Setelah siap, tukang solek itu menyuruh Cara Melissa memakai baju pengantin. Cara Melissa hanya menurut dan kembali semula selepas selesai menyarung baju ke badan. 

Pintu bilik diketuk, mereka semua sudah siap. Hanya tinggal Cara Melissa selesai semua persiapan dan terus bergerak ke masjid. Noah yang mencadangkan akad nikah di masjid. Lebih indah katanya dan Cara Melissa setuju sahaja dengan cadangan itu. Kini, mereka menuju ke masjid yang dipilih sebagai tempat untuk akad nikah.

Masjid itu tidak terletak jauh, masa yang diambil selama 45 minit dan mereka sudah tiba. Pihak lelaki sudah tiba terlebih dahulu. Cara Melissa menggenggam kuat tangan Cyra dan Dian kerana terlalu berdebar dan takut. Pelbagai perasaan mula muncul. Mereka masuk ke dalam masjid. Cara Melissa menunduk kebawah. Malu.

Sebaik sahaja selepas mendengar kata-kata tok kadi, kini tiba lah masa akad nikah. Tok kadi menghulurkan tangannya dan mulakan ayat. Noah memandang tok kadi dengan penuh keyakinan walaupun jantungnya berdegup laju.

"Aku terima nikahnya Cara Melissa Binti Amir Mukhriz dengan mas kahwin RM 9000 tunai."

Tok kadi menoleh ke kanan.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now