chapter 23-last moment

2.8K 516 453
                                    

LAST MOMENT

******

Isaac menghempaskan badannya di atas katil. Gambar Dian dilihat dengan senyuman lebar.

"I love her! Just her and only her. She's mine forever." Sedang Isaac berasmara bersama gambar-gambar Dian, Carl meluru masuk ke dalam bilik. Selamba sahaja badan dihempas atas katil dan memeluk bantal peluk Isaac.

Isaac merampas bantal peluknya namun Carl memeluk erat.

Pap!

Kepala Carl ditepuk. Carl menggosok kepalanya dan mengadu sakit. Isaac menjulingkan matanya keatas dan merampas semula bantal peluk miliknya.

Pap!

Bantal peluk itu mendarat pada badan Carl. Isaac memukul Carl dengan bantal peluknya. 

"Ish, sakitlah gila!" Marah Carl.

"Ini. Bantal. Peluk. Aku." Sepatah-sepatah Isaac menyebut. Carl membuat reaksi menyampah. Bantal peluk yang diberikan oleh Helena. Dari kecil sampai besar hanya bantal tu jadi kegemarannya. Yang basuh pun Helena, yang keringkan pun Helena.

Orang lain? Mahu bergaduh setahun. 

"Kau apahal masuk bilik aku lepastu buat semak ni?" Soal Isaac. Sudahlah tengah bahagia tiba-tiba ada malaun kacau hidupnya. Mahu tak marah?

Lama Carl diam. Matanya tutup. Mungkin menenangkan diri? Mungkinlah. Carl baring bersandar pada katil. Keluhan berat dilepaskan. 

"Aku nak isteri aku yang dulu."

"Isteri mana satu?"

Carl menjeling. Bantal dibaling pada Isaac. Isaac ketawa. Puas juga menganjing Carl.

"Cyra. Aku nak Cyra yang dulu."

"Dulu? Dulu tu macam mana?" 

"Kau sengaja mencabar kesabaran aku kan? Malas lah cerita, baik aku tidur. Aku luah dekat Dian lepastu peluk cium dia, biar kau menggelepur terberak." Balas Carl. Isaac berubah serius. Tadi ceria sekarang dingin.

Isaac Valen. 

Carl hanya buat muka selamba apabila melihat perubahan drastik Isaac. Isaac menyandarkan badannya sebelah Carl.

"Kau pernah sekatil dengan Dian ke?" Soal Isaac setelah lama mereka berdua diam. Isaac memandang Carl. Carl sekadar mengangguk. Terbeliak biji mata Isaac. 

Carl ketawa halus.

"Tak buat apa-apa pun. Kongsi katil je sebab aku bergaduh dengan Cyra masa tu. Alahai, kalau sekatil buat apa-apa pun, halal juga. Tak dosa pun!" Carl mengenakan Isaac.

Isaac menjeling. Naik turun dadanya menahan geram. Carl melelapkan matanya semula manakala Isaac bermain dengan phone.

"Aku takkan sentuh hak orang, Isaac. Kau doa lah dia jodoh kau. Yang pasti bukan jodoh aku. Aku nak Cyra. First and last. Only her." Ujar Carl. Isaac diam seketika.

"Kau tak cuba berbincang dengan Cyra?" 

Carl mengangkat bahunya. Muka pasrah dan kecewa jelas terpancar. Isaac meletakkan phone di sebelahnya. Tangan memeluk tubuh. Merenung ke hadapan.

"Kalau Cyra minta cerai?" 

"Dah lama dia mengharapkan benda tu. Aku tak nak lepaskan dia. Aku tak nak cerita lama daddy dengan mummy terungkit kembali. Lagipun, kau rasa mama Ariana tak mengamuk nanti? Aku fikir parents je, Isaac." Jawab Carl. Nadanya sedih.

"Habis, kalau parents tak ada. Kau nak lepaskan Cyra?" 

Carl menggeleng kepala perlahan-lahan. Isaac diam.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now