Chapter 35-indah

1.3K 176 4
                                    

INDAH

*****

Jari telunjuk menyalit sedikit gel pelembab bibir jenama Vaseline lalu disapu lembut pada bibir munggilnya. Bibir dikemam untuk meratakan lagi gel yang telah disapi tadi. Bibir yang sedikit pucat itu sudah pun kelihatan berseri. Puas hati dengan penampilannya, beg tangan dicapai. 

Hari ini, Carl dan Cyra keluar jalan-jalan setelah lama tidak keluar berdua. Ini pun ambil masa yang lama untuk meminta persetujuan Cyra. Kalau tidak, memang akan ditolak bulat-bulat untuk keluar bersama. Tapi entah mengapa malam semalam Cyra bersetuju untuk keluar bersama senyuman.

Senyuman itu senyuman yang dirindui.

"Hey my twins!" tegur Cyra dengan nada gembira. Twins yang sedang didukung oleh Ariana dan Helena. Mereka bersetuju juga untuk menjaga twins. Mana tidak setuju kalau jaga cucu, kan? Cyra mencium pipi gebu dan tembam twins. 

Carl yang sedang mendukung Kheir itu diberikan pada Cara Melissa. Setelah itu, mereka melangkah ke kereta yang sudah tersedia di tempat letak kereta hadapan pintu utama. Sebelum masuk ke perut kereta, Cyra melambai pada twins.

"Bye!"

Helena dan Ariana memegang tangan twins lalu digerakkan seperti melambai semula pada Cyra. 

"Annyeong daddy!" ujar Cara Melissa dan turut menggerakkan tangan Kheir. Carl senyum dan lambai. Macam mahu berpindah jauh sahaja gaya mereka. Cyra masuk ke dalam perut kereta lalu Carl terus memandu pergi dari kawasan rumah.

Sepanjang perjalanan, Cyra melihat skrin phone. Mencari tempat yang sesuai untuk makan dan bercuti. Sejak menjak ni Cyra suka melihat pemandangan dari taman. Carl memandang Cyra apabila jari jemari Cyra menyentuh tangan Carl.

"Ya, sayang?"

Cyra menunjuk muka phone miliknya. Carl memandang seketika lalu kembali fokus pada memandu. Melayan isterinya.

"Jom pergi taman. Kita dating kat taman, nak?" ajak Cyra. Laju sahaja Carl mengangguk. Cyra mengukirkan senyuman teruja. Carl merenung senyuman Cyra. 

"Awak, tengok depan." tegur Cyra. Carl memandang ke hadapan. Leka melihat senyuman cinta.

Angau!

TIBA di Hyde Park. Muka cemberut Carl dipandang tenang oleh Cyra. Lengan Carl dirangkul erat. Senyuman manis ditayangkan. Carl merungkai rangkulan Cyra. Mata menjeling manja Cyra. Senyuman Cyra berubah menjadi tawa. Terhibur dengan perangai merajuk Carl.

Al kisahnya kerana pergaduhan di antara Carl dan Cyra. Sorang mahu ke Green Park dan sorang lagi mahu ke Hyde Park. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Ada aje yang mahu ditegakkan. Namun Carl kalah apabila menerima pujukan manja isterinya, Cyra.

Akhirnya, Carl turuti sahaja ke Hyde Park.

"Sayang, kata nak dating kan? Dekat Green Park boleh lepak-lepak. Boleh berjalan juga."

"Tak nak! Tak seronok. Green Park lepak je. Lepastu jalan-jalan. Kalau dekat Hyde Park ada macam-macam. Contohnya tunggang kuda. Green Park tak ada apa pun, handsome."

"Ish, situ ramai orang. Nak dating kena tenang, tak ramai orang." 

"Mana boleh! Dating dekat tempat ramai orang lah bagus."

"Apa yang bagus?"

"Boleh lah Cyra show off yang husband I ni handsome! So, nanti bila orang nak ngorat je mesti tak dapat. Sebab Cyra dah ada yang handsome. Terpaling handsome."

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now