Chapter 28-be mine?

3K 497 311
                                    

BE MINE?

*****

Flashback 3 bulan yang lalu...

Carl yang sedang mengemas bilik itu dihampiri dengan penuh tujuan. Hari ini merupakan hari permulaan baginya. Dia mahu memulakan kehidupan baharu. Sudah berhari-hari, otak memikirkan hal ini. Dan keputusannya tetap sama.

"Can we talk?" soal Dian. Carl sekadar mengangguk. Dian menunduk seketika sebelum kembali merenung mata Carl. Satu keluhan dilepaskan. Kelima-lima jari menggenggam.

Carl berdiri memandang Dian yang seperti mencari kekuatan untuk meluahkan sesuatu. Tangan memeluk tubuh. Sekali lagi, Dian mengeluh.

"Ceraikan aku."

Dua patah perkataan buat Carl memandang Dian dengan kaku. Matanya mencerlung merenung Dian.

Cerai.

Buat dirinya kembali ke situasi di mana Cyra meminta cerai. Sungguh hatinya lemah. Tidak kuat apabila Cyra mengungkapkan perkataan itu. Namun, itu takdirnya.

"Dah tiada sebab untuk aku terus menjadi isteri kau." ujar Dian. Carl diam, tidak terkata. Carl melabuhkan punggung di atas sofa. Jari-jari Dian bersatu. Menunggu keputusan dari Carl. Tidak mahu lagi menjadi isteri Carl.

Carl milik Cyra. Dan dirinya akan memastikan yang Carl milik Cyra. Hanya untuk Cyra.

"Apa plan kau seterusnya?" soal Carl setelah lama menyepi. Dian duduk bertentangan dengan Carl.

"Besarkan Isaac dan bersama dengan orang yang aku cinta. Yang Diandra cinta. Aku nak bersama Isaac. I love him so much, Carl. Kita kahwin bukan asbab cinta. Now, Cyra dah pergi. Tinggalkan kita semua. I don't see any reason for me to stay with you. To be carl's wife." jelas Dian.

Lama Carl berdiam diri. Dian hanya menunduk.

"Aku setuju. Kita cerai."

Lambat-lambat Dian mengukirkan segaris senyuman. Senyuman lega. Lega, Carl menerima keputusannya. Dian berdiri.

"Terima kasih." ucap Dian. Satu anggukkan dari Carl. Dian melangkah keluar dari bilik. Renungan mata Carl memandang Dian yang keluar dari bilik. Seketika bibir mengukir senyuman tipis pada Dian yang memandangnya sebelum menutup pintu.

Carl termenung. Kemudian, Carl meraup lembut mukanya. Keluhan demi keluhan. Mata Carl memandang frame gambar yang tergantung di dinding bilik. Gambarnya bersama Isaac.

"Untung kau, Isaac. Jadi daddy yang ikhlas dan baik jaga anak Elv, ada bidadari syurga yang cinta kau. Cemburunya aku." luah Carl.

***********

Isaac dan Dian berada di halaman belakang rumah. Dian memakai topi untuk menutup wajahnya dari sunburn. Isaac hanya merenung Dian yang sibuk menyiram tanaman.

"Tengok aje, bukan nak tolong!" luah Dian. Isaac sengih.

"I is malas, you." 

Dian menjeling Isaac. Isaac main phone. Dian membersihkan tempat tanaman itu. Lama keadaan menyepi, Isaac meletakkan phone di atas meja. 

"Dian."

"Hm?"

"Jadi mama Kheir." 

"Dah mama pun... kan? Mama Dian? Kheir call me mama Dian." 

Isaac menggeleng.

"Bukan."

"Dah tu, apa pula?"

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now