Chapter 34-sweet

2.5K 370 58
                                    

SWEET

********

Kaki duduk dengan bersilang. Kaki kirinya diangkat ke atas kaki kanan. Jari mengetuk permukaan rata meja putih. Menunggu ketibaan si pujaan hati. Pagi tadi sudah bertengkar dek kerana Isaac mahu keluar tanpa membawa Dian yang sudah bosan terkurung di rumah.

Janji untuk pulang awal dan sekarang pukul 4 petang. Masih belum pulang. Dian menungguh penuh kesabaran. Call? Tak dijawab. Message? Seen adalah!

Entah apa dia buat di luar itu pun tidak tahu. Nak mahu ikut secara senyap-senyap pun akan kantoi juga. 

Haih, bosan!

Lama menunggu, bunyi pintu menarik perhatian. Pintu dibuka dari luar. Susuk tubuh lelaki yang ditunggu sudah muncul. Serta-merta bibir mengukirkan senyuman senget yang sinis.

"Hai, sayang." tegur Alaya. Mata merenung Valen yang menghampiri dan duduk disebelahnya. Mereka memandang antara satu sama lain. Seorang senyuman manis dan seorang senyuman sinis. 

Mata memain perana merenung antara satu sama lain dan diakhirnya masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Tangan Valen menyentuh pipi Alaya lalu diusap perlahan. Alaya menarik tangan Isaac dan dipegang erat. 

"Lamanya tak muncul. Aku rindu." ujar Valen.

"Me or Diandra huh? Kau nampak sangat bahagia dengan Diandra. Macam dah tak ingat je kewujudan aku." nada Alaya merajuk. Tak dapat dinafikan, selepas Valen berjaya buat Alaya jatuh cinta padanya, Dian semakin boleh mengawal Alaya.

Rawatan Dian untuk sembuhkannya sudah dihentikan. Kini sepenuhnya bergantung pada Isaac. Valen tersengih dengan kecomelan Alaya. Manja tapi garang. 

"Such a naughty queen." ujar Valen sambil sengih. Hidung Alaya dicuit manja. Valen bangun dari duduk. Alaya mendongak memandang Valen.

"Jom."

"Ke mana?" soal Alaya dengan teruja. 

"Dating, sweetie." jawab Valen bersama kenyitan mata dan berdiri menuju ke bilik pakaian. Alaya senyum lebar. Pantas dia masuk ke bilik pakaian untuk bersiap. Alaya hanya memandang Valen yang sedang memerhati almari itu seperti melihat barang apa lagi yang tidak cukup.

Apabila Valen memandang ke arah Alaya, cepat-cepat Alaya membetulkan tudungnya. Alaya mengukir segaris senyuman apabila Valen memeluknya dari belakang. Kepala Valen dibaringkan atas bahu Alaya. Sesudah itu, Alaya memusingkan badannya. Tangan Alaya memeluk pinggang Valen. 

"All black huh?" soal Valen.

"Baru sepadan." ujar Alaya lalu melangkah keluar dari bilik pakaian.

Valen melangkah setapak ke arah cermin. Mukanya diperhatikan. Setelah itu, dia memandang ke arah topi yang tersusun kemas. 

"Baby!!"

Alaya muncul di hadapan pintu sambil memeluk tubuh.

"Ya, sayang?"

"Which one do I look better? With or without cap?" soal Valen.

Alaya mendekati Valen. Tangan diletakkan pada dagu seolah berfikir. Matanya meliar melihat topi-topi. Topi hitam dicapai dan diberikan pada Valen.

"Cuba pakai."

Valen mengikut.

"Buka."

Valen ikut lagi.

"Wear it again."

Akur.

"Hmmm wait." Alaya mengambil satu lagi topi yang sama design lalu pakai dikepalanya. Tangan Valen ditarik lembut mendekatinya. Mereka berdiri bersebelahan sambil menghadap cermin. Alaya mengeluarkan phone lalu beberapa keping gambar diambil.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now