Chapter 51 - the end

4.9K 274 168
                                    

abaikan typo sbb saya tulis laju-laju.

*

Perhatian Isaac berpaling ke arah Noah dan Cara Melissa yang sedang berbual berdua. Isaac melangkah ke arah pasangan itu sambil memeluk tubuh. Dengan itu, terhentilah perbualan pasangan itu. Isaac memandang sekeliling lalu berdehem.

"Where's Carl and Firash?" soal Isaac. Dari tadi dia tidak nampak susuk tubuh dua manusia itu. Lagi-lagi Firash. Lelaki itu lesap entah ke mana. 

"Semua pergi balik lah. Diorang dalam perjalanan kerumah masa ke nak ke sini." beritahu Noah. 

Isaac hanya mengangguk faham dan merenung ke bawah lantai. Kening berkerut kerana terlalu serabut memikirkan semua masalah ini. Kaki kanan naik dan menghentak lantai. Tindakan itu dilakukan beberapa kali. Noah mencekak pinggang.

"Seriously, Valen? Kau masih salahkan Carl? You better tanya Dian." Noah membuka topik perbualan yang bagi Isaac menarik untuk dibincangkan. Isaac mengangkat bahu dahulu.

"Tak perlu kisah tentang apa aku fikirkan. Baik kau fokus benda lain sebelum aku syak kau yang punca semua ni!" balas Isaac dengan kasar. 

Rimas. Noah asyik mempertahankan abangnya sedangkan dia sendiri nampak di hadapan mata perbualan Carl dan doktor yang merwawat Cyra dan Dian. Cara Melissa memeluk tubuh. Isaac mengangkatkan kepalanya memandang mereka berdua.

"Kalau Noah terlibat, secara tidak langsung aku pun terlibat! Guna otak jangan guna emosi, Valen!" tegas Cara Melissa menafikan kata-kata Isaac yang mustahil. 

Tak akan lah Noah yang rancang. Kalau Noah sekalipun, sudah mesti dirinya juga terlibat. Isaac diam tidak membalas. Dia memandang isteri dan anak-anaknya. Wajah Dian yang dihiasi dengan senyuman lebar itu direnung dari jauh. Kemudian, pandangannya pula jatuh ke arah Daryl Kanz yang aktif berbual dengan mamanya. 

"Atau semua ni angkara Cyra dan Dian." Cara Melissa bersuara secara tiba-tiba dan terus menarik perhatian dua lelaki yang berdiri di hadapannya. Isaac memandang Cara Melissa dengan kening kanannya dijongket ke atas. Cara Melissa mengambil nafas dahulu.

"Okay look. Jarak kereta dengan Cyra tak jauh mana and Cyra still melintas. Dian tahu kedudukan penembak tu and berkeras berdiri dekat situ. Untuk apa? Lindung Carl? Kalau kau fikir macam tu, kau memang bodoh! Dian takkan bodoh korbankan diri dia semata-mata untuk itu!" jelas Cara Melissa.

Ada logik juga. Noah termenung memikirkan sesuatu yang logik di akal fikirannya. 

"Kalau Zayreen yang menembak. So, who's the driver?" soalan Noah membuatkan Isaac dan Cara Melissa turut tertanya-tanya. 

Perbincangan mereka terhenti apabila Daryl Kanz datang dan menarik tangan Isaac menuju ke arah Dian. Terpaksa Isaac mengikut Daryl Kanz yang menarik tangannya sambil berlari. Daryl Kanz tersengih melihat muka geram papanya itu.

"Kenapa bidadari?" 

"Saya nak rehat. Tempat luka ni sakit," ujar Dian sambil tunjuk perutnya. Isaac mengangguk. Daryl Adheera diambil dari dukungan Dian lalu diberikan kepada Cara Melissa.  Daryl Kanz memeluk tubuh, bibirnya muncung dan muka monyok sedih.

Dian memandang Daryl Kanz dengan bibir muncung sedikit dan kening berkerut. Pipi Daryl Kanz dielus lembut lalu tangan si kecil itu dipegang.

"Ala, jangan lah macam ni. Esok kan boleh jumpa lagi?"

"Nak mama!" enggan Daryl Kanz. Isaac menyamakan ketinggiannya dengan Isaac. Rambut si kecil itu diusap lembut.

"Mama nak rehat lah, si degil. Esok papa bawa jumpa mama lagi." Isaac cuba memujuk pula. Daryl Kanz menunduk dan menjantuhkan kedua tangannya. Kepala diangguk dua kali tanda mengalah.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now